Home Berita Kg Bahagia: Mangsa Kebakaran Terima Bantuan, Fokus Kini Pemulihan Menyeluruh

Kg Bahagia: Mangsa Kebakaran Terima Bantuan, Fokus Kini Pemulihan Menyeluruh

0
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat tinjauan dan menyantuni mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan. – Foto Laman Muka Buku Anwar Ibrahim

Melihat langkah yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan salah satu tindakan segera yang wajar dalam membantu mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan. Sumbangan ihsan sebanyak RM1,500 kepada kira-kira 300 keluarga melalui NADMA dan ICU Jabatan Perdana Menteri sekurang-kurangnya mampu meringankan beban awal mereka yang kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran yang memusnahkan sekitar 1,000 rumah dan menjejaskan hampir 9,000 penduduk.

Pada masa yang sama, bantuan khas RM300 kepada 454 pelajar dari 12 sekolah serta kelonggaran pemakaian ke sekolah adalah langkah yang sangat prihatin. Ini menunjukkan kerajaan bukan sahaja memberi perhatian kepada keperluan asas keluarga, tetapi juga memastikan pendidikan anak-anak tidak terjejas walaupun berdepan situasi sukar.

Namun, seperti yang diakui sendiri oleh Perdana Menteri, bantuan ini hanyalah penyelesaian sementara. Keutamaan selepas ini adalah memastikan pelan pemulihan yang lebih menyeluruh dilaksanakan, termasuk penyediaan penempatan semula yang selamat dan mampan, serta sokongan berterusan kepada mangsa untuk bangkit semula.

Kehadiran pemimpin seperti Hajiji Noor bersama barisan kementerian juga menunjukkan keseriusan semua pihak dalam menangani tragedi ini. Secara keseluruhan, bantuan segera ini penting, tetapi yang lebih utama ialah tindakan susulan yang konsisten supaya mangsa benar-benar dapat membina semula kehidupan mereka dengan lebih terjamin.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version