70 peratus pelajar asrama penuh disarankan memilih aliran STEM – PM Anwar

Date:

CYBERJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan supaya 70 peratus pelajar di sekolah berasrama penuh memilih aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bermula pada tahun hadapan bagi memperkukuh penguasaan dalam bidang berkenaan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata usaha meningkatkan penyertaan pelajar dalam STEM perlu dilaksanakan segera pada tahun ini, sejajar dengan kepentingan bidang berkenaan dalam pembangunan negara.

“Saya juga akan cadangkan kepada pelajar sekolah maktab dan sekolah asrama penuh, sekurangnya-kurangnya 70 peratus mulai tahun depan yang mahu masuk ke sekolah asrama penuh, mesti pilih jurusan STEM.

“Sementara itu, (baki) 30 peratus mesti (bidang) seni liberal dan sains sosial, macam saya,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri bersama syarikat korporat dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di sini semalam.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.

Anwar berkata beliau telah meminta Kementerian Pendidikan (KPM) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) melaksanakan beberapa inisiatif untuk mendorong minat pelajar dalam bidang STEM.

“MARA (melalui) MRSM (diseru) untuk segera mendorong lebih ramai pelajar (memilih aliran) STEM.

“Kita ada Infineon, NVIDIA, Google, Microsoft dan sekarang kecerdasan buatan (AI) di merata tempat, tetapi anak-anak kita tidak ambil STEM,” katanya.

Pada tahun lepas, Anwar dilaporkan berkata beliau mahu KPM memberikan penekanan terhadap penguasaan tiga subjek utama pendidikan iaitu Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris bagi menyokong pembangunan negara.

Menurut Anwar, penguasaan ketiga-tiga subjek itu amat mendesak berikutan perubahan dalam bidang kurikulum dengan kewujudan cabang baharu seperti AI, transisi tenaga hijau, teknologi digital dan media sosial.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...

Tangisan Banjaran: Tragedi UPSI di Gerik dan Takziah Buat Negara

Pada pagi 9 Jun 2025, negara sekali lagi diselubungi duka. Tragedi yang meragut 15 nyawa mahasiswa Universiti Pendidikan...

Pasca Mahathir dan Politik Perkauman: Melayu Tidak Lagi Mahu Diselamatkan, Mereka Mahu Dimajukan

“Yang lemah bukan Melayu. Yang lemah ialah pemimpin yang terus menggunakan Melayu sebagai alasan untuk mengekalkan kuasa.” Tun Dr....
Exit mobile version