Malaysia akan zahirkan penolakan terhadap cadangan pindahkan rakyat Palestin dari Gaza

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Malaysia akan menyatakan tentangannya terhadap sebarang cadangan pengilhakan Gaza atau usaha memindahkan rakyat Palestin ke Mesir dan Jordan secara paksa semasa Sesi Tergempar Majlis Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Kementerian Luar berkata, pendirian itu akan dibangkitkan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, yang dijadual menghadiri mesyuarat itu di Jeddah, Arab Saudi, esok.

Sesi itu akan membincangkan perkembangan gencatan senjata di Gaza dan kegusaran berhubung cadangan pengilhakan Gaza yang akan mengakibatkan pemindahan secara paksa rakyat Palestin dari tanah air mereka.

Mohamad juga akan menzahirkan komitmen penuh Malaysia dalam membantu usaha pembinaan semula dan pemulihan Gaza, termasuk bekerjasama pertubuhan antarabangsa dan inisiatif serantau.

“Penyertaan Menteri Luar ke Sesi Tergempar ini menggariskan komitmen teguh Malaysia dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin dalam mewujudkan Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Ascend Airways mulakan operasi pada akhir 2025

Kami komited untuk memperkukuh landskap penerbangan Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan ACMI yang boleh dipercayai kepada syarikat penerbangan, pengendali pelancongan, broker sewaan, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)

Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat

Sebanyak 37 kampung terjejas, masing-masing 10 di Beaufort, Membakut dan Tenom serta lima di Sook dan dua di Keningau

Kementerian jalankan usaha strategi bangunkan 409,000 hektar kebun getah terbiar – Johari

Melalui pelan strategik ini, kementerian yakin usaha pembangunan ladang getah terbiar akan meningkatkan pendapatan pekebun kecil serta mengukuhkan kedudukan sektor getah sebagai penyumbang penting kepada ekonomi negara

KWSP terus kukuh imbangi portfolio pelaburan dalam dan luar negara

Pelaburan atau pegangan saham KWSP dalam beberapa syarikat strategik amat membantu