Kepengerusian ASEAN : Persiapan Malaysia antara yang terbaik dan membanggakan – PM Anwar

Date:

Share post:

PUTRAJAYA: Persiapan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini dalam mengurus ratusan program secara efektif dilaksanakan dengan baik oleh penjawat awam, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, pengurusan ASEAN bukan sekadar soal kedudukan atau kebanggaan, tetapi mencerminkan kemampuan penjawat awam memastikan pentadbiran negara berjalan lancar.

“Ini tentunya memerlukan penugasan yang lebih daripada biasa.

“Saya lihat umpamanya saya pun ke berpuluh-puluh negara…Tahap persiapan kita, acara-acara kita itu antara yang terbaik yang saya dapat saksikan.

“Walaupun tidak semewah beberapa negara, tetapi tahap kecekapan, disiplin dan kerapian itu sangat membanggakan,” katanya pada majlis perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Anwar turut mengambil kesempatan menyampaikan penghargaan kepada penjawat awam yang sangat berdedikasi dan bertungkus-lumus memastikan kelancaran urusan pentadbiran negara, terutama dalam persiapan acara rasmi melibatkan pemimpin antarabangsa.

“Saya memilih untuk menyebut perkara ini kerana ratusan ribu (penjawat awam) di semua peringkat (terlibat membuat persiapan), dan kadang-kadang hal yang baik begini tidak pernah mendapat liputan di media atau media sosial.

“Yang ada ialah akan dipilih beberapa kes keterlanjuran atau kesalahan. Tidak ada salah untuk besarkan beberapa kesalahan, tetapi tidak adil untuk tidak melaporkan kegiatan tahap kecekapan,” katanya.

Perdana Menteri turut berkongsi pengalamannya ketika mencuba kenderaan elektrik (EV) yang dihadiahkan oleh Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan baru-baru ini.

“Semalam, saya kebetulan cuba mobil EV yang dihadiahkan oleh Presiden Turkiye.. beliau hadiahkan kepada Perdana Menteri tapi bagi saya ia kepada negara, ia bukan hak saya. Saya boleh pakai selagi saya jadi Perdana Menteri, tetapi selepas itu kena serah balik kepada negara,” katanya.

Anwar berkata ketika dalam perjalanan ke Kompleks Sri Perdana pada hari Ahad sekitar jam 1.30 tengah hari, beliau melihat puluhan penjawat awam dari pelbagai agensi termasuk Kementerian Luar, Jabatan Perdana Menteri, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Pendidikan sedang bertugas mempersiapkan lawatan rasmi Presiden Turkiye.

“Saya lihat ramai yang masih bertugas dan dengan senyum rapi untuk mempersiapkan acara esok (hari ini) untuk Presiden Turkiye.. jadi saya salute kepada semua saudara-saudara yang bertugas dengan begitu baik,” katanya.

Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama dua hari bermula hari ini atas jemputan Perdana Menteri.

Lawatan ini bertujuan mengukuhkan hubungan rapat antara kedua-dua negara yang terus berkembang berasaskan hubungan yang lama terjalin, terutamanya selepas ia dinaik taraf kepada Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) pada Julai 2022.

Pada 2024, Türkiye merupakan rakan dagang ketiga terbesar Malaysia, destinasi eksport terbesar dan destinasi import keempat terbesar dari rantau Asia Barat. Jumlah dagangan Malaysia dengan Türkiye meningkat sebanyak 18.7 peratus kepada RM24.13 bilion (AS$5.28 bilion) dari tahun sebelumnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Ascend Airways mulakan operasi pada akhir 2025

Kami komited untuk memperkukuh landskap penerbangan Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan ACMI yang boleh dipercayai kepada syarikat penerbangan, pengendali pelancongan, broker sewaan, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)

Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat

Sebanyak 37 kampung terjejas, masing-masing 10 di Beaufort, Membakut dan Tenom serta lima di Sook dan dua di Keningau

Malaysia akan zahirkan penolakan terhadap cadangan pindahkan rakyat Palestin dari Gaza

Penyertaan Menteri Luar ke Sesi Tergempar ini menggariskan komitmen teguh Malaysia dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin dalam mewujudkan Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan pra-1967

Kementerian jalankan usaha strategi bangunkan 409,000 hektar kebun getah terbiar – Johari

Melalui pelan strategik ini, kementerian yakin usaha pembangunan ladang getah terbiar akan meningkatkan pendapatan pekebun kecil serta mengukuhkan kedudukan sektor getah sebagai penyumbang penting kepada ekonomi negara