Tiada negeri akan dipinggirkan dalam TMM2026 – PM Anwar

Date:

Share post:

SEPANG: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua kementerian memberi tumpuan meningkatkan keupayaan Malaysia dalam bidang pelancongan, pelaburan dan ekonomi tanpa meminggirkan mana-mana negeri menerusi Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata unjuran pendapatan sebanyak RM147.1 bilion yang bakal dijana termasuk sasaran kehadiran 35.6 juta pelancong menerusi TMM2026 mampu dicapai dengan pembabitan semua pihak.

“TMM2026 adalah satu pendekatan baharu dalam menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang utama dan ini bermulanya satu inisiatif, ikhtiar supaya betul-betul mencatat pertumbuhan pelancongan ke seluruh negara.

“Saya minta semua kementerian memberikan tumpuan supaya Malaysia dapat meningkatkan keupayaan bidang pelancongan dan tentunya pelaburan serta ekonomi supaya tidak ada kawasan atau negeri yang tersisih dan tertinggal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Kempen TMM2026 di sini, hari ini.

Yang turut hadir, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Naratif Kuasa: Ketika Keadilan di Persimpangan

Keadilan sering kali terasa seperti sebuah ilusi. Ia dijanjikan sebagai hak yang dimiliki semua, namun realitinya jauh berbeza....

Projek Mega termasuk HSR akan ditangguhkan – PM Anwar

Mengenai HSR, pendirian kami adalah untuk menjemput pembabitan penuh sektor swasta kerana kerajaan ada kekangannya, isu seperti mitigasi banjir, pendidikan dan kesihatan yang menjadi keutamaan

Agong terima menghadap PM Singapura

Tahun ini adalah ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara

Pelancongan bernilai tinggi dan lestari tunggak utama kempen TMM2026

TMM 2026 bukan sekadar sebuah kempen, tetapi membentuk legasi yang mendorong pertumbuhan, mewujudkan peluang pekerjaan, dan memperkasa komuniti