Setinggi-tinggi terima kasih kepada Tun Juhar atas kepimpinan yang cemerlang

Date:

Share post:

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menzahirkan penghargaan kepada Tun Juhar Mahiruddin yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai Yang Dipertua Negeri pada 1 Januari 2025.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, selepas 14 tahun, Juhar adalah Yang Dipertua Negeri paling lama berkhidmat dan telah memberi sumbangan yang begitu besar kepada Sabah.

“Tuan Yang Terutama Tun telah mencurah khidmat yang tiada tolok banding, yang menyaksikan pelbagai insiden dan perkembangan yang melibatkan kerencaman dan dinamika dunia politik, ekonomi, keselamatan, kesihatan, pendidikan, keagamaan dan sebagainya.

“Perkembangan ini berlaku semasa beliau memegang jawatan sebagai Yang Dipertua Negeri ke-10 dan telah meletakkan beliau dalam kedudukan yang baik sebagai seorang pemimpin yang berpengalaman dan berjiwa besar,” katanya pada majlis santapan negeri bagi menghargai Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri di sini, semalam.

Beliau berkata, antara peristiwa yang tercatat dalam sejarah Sabah termasuklah insiden pencerobohan oleh warga asing di Tanduo pada 2013 dan merebaknya pandemik COVID-19 yang bermula pada akhir 2019 sehingga ke awal tahun 2022.

“Kedua-dua insiden itu telah meletakkan rakyat Sabah ke dalam situasi yang mencabar. Banyak nyawa terkorban.

“Alhamdulillah, di bawah naungan Tuan Yang Terutama Tun, kita telah berjaya mengatasi cabaran ini,” katanya.

“Rakyat Sabah tidak kira bangsa, budaya, agama dan kepercayaan sentiasa menunjukkan kasih sayang dan keprihatinan mereka kepada Tuan Yang Terutama Tun dan isteri Yang Amat Berbahagia Toh Puan Norlidah Tan Sri R M Jasni dalam semua program awam yang mereka jayakan,” katanya.

Hajiji berkata, kepimpinan kerajaan negeri dan rakyat Sabah mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Juhar atas kepimpinan cemerlang sepanjang 14 tahun memerintah dan mendoakan beliau serta Norlidah sentiasa baik dalam perjalanan mereka seterusnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...