Kerajaan Sabah peruntukkan RM124.70 juta pembangunan sektor perindustrian dan keusahawanan

Date:

Share post:

KOTA BELUD: Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM124.70 juta bagi pembangunan sektor perindustrian dan keusahawanan di negeri ini pada tahun hadapan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berharap, usahawan dan koperasi di negeri ini, termasuk di Kadamaian akan mengambil setiap peluang yang disediakan kerajaan agar lebih kompetitif dan berdaya saing.

“Kerajaan negeri melalui Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya turut memberi tumpuan dalam pembangunan usahawan dan koperasi yang secara langsung akan dapat menyumbang kepada peningkatan sosio-ekonomi masyarakat di negeri ini.

“Ini seiring dengan komitmen kerajaan negeri yang komited untuk terus menyokong dan memperkasa sektor keusahawanan melalui pelbagai inisiatif dan program pembangunan usahawan dan koperasi di negeri ini.

“Saya percaya dengan segala bantuan yang disediakan kerajaan, lebih banyak lagi yang boleh dibangunkan oleh usahawan atau koperasi di negeri ini termasuk di Kadamaian, khususnya dalam sektor pelancongan dan pertanian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Santuni Madani KUSKOP bersama Komuniti Kota Belud sempena Majlis Rumah Terbuka Krismas Kadamaian 2024 di Dewan Kadamaian Square, Taginambur, di sini pada Isnin.

Hajiji turut memuji usaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
(KUSKOP) yang terus terus membantu sahawan Perusahaan, Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dan koperasi di negeri ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga bersedia untuk mempertingkatkan lagi jaringan kerjasama dengan KUSKOP dalam pelaksanaan program-program yang lebih berimpak tinggi bersesuaian dengan kehendak dan keperluan semasa dalam konteks keusahawanan dan juga masyarakat setempat.

“Saya juga saya amat menghargai pencapaian yang direkodkan oleh KUSKOP yang sentiasa komited dalam membantu usahawan PMKS dan koperasi termasuk komuniti penjaja dan peniaga kecil, ke arah memperkasakan ekosistem keusahawanan dan gerakan koperasi. 

“Saya berharap KUSKOP akan terus membantu usahawan PMKS bukan saja bukan saja di Kadamaian malah di seluruh negeri ini. 

“Semoga segala usaha yang dilaksanakan oleh KUSKOP akan memberikan manfaat kepada usahawan dan koperasi dalam mengukuhkan kelangsungan perniagaan,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji berharap Pelan Pembangunan Kadamaian yang dilancarkan pada tahun 2020 itu akan terus menjadi panduan kepada semua kementerian, agensi dan jabatan kerajaan untuk membawa pembangunan di Kadamaian, demi manfaat rakyat setempat.

Justeru katanya, kerjasama dan perpaduan dalam kalangan rakyat negeri ini perlu dikekalkan kerana ia sangat penting untuk membangunkan hal-hal sosio-ekonomi masyarakat di samping dapat mengukuhkan nilai-nilai perpaduan secara keseluruhannya.

Mengenai sambutan Rumah Terbuka Krismas Kadamaian itu, beliau turut mengajak semua rakyat negeri ini untuk bersama-sama terus mengeratkan perpaduan, keharmonian dan saling menghormati.

“Kita perlu meraikan nilai-nilai bersama dan menghayati keindahan kepelbagaian yang ada di negeri ini, khususnya. Semoga sempena Krismas ini, ia dapat membawa kedamaian dan kasih sayang kepada kita semua,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Pertumbuhan Ekonomi Malaysia dijangka sekitar 4.9 peratus tahun 2025 – KSI

Penggunaan awam dijangka berkembang lebih pantas, mencerminkan peningkatan perbelanjaan mengurus daripada Belanjawan 2025

Calon SPM berdepan masalah bencana segera hubungi sekolah,JPN

Beliau berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) sudah bersiap siaga dengan mekanisme dan langkah persediaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan termasuk musim banjir sepanjang SPM berlangsung

Berakhirnya Generasi Alpha dan Generasi Beta bermula

generasi Beta atau Gen Beta adalah golongan kanak-kanak yang lahir di antara 1 Januari 2025 sehingga tahun 2039

Politik Fitnah dan Penyalahgunaan Agama: Luka yang Memudaratkan Bangsa

Politik, ibarat api dalam unggun, seharusnya memberikan cahaya yang menerangi dan kehangatan yang menghidupkan. Namun, apabila ia tidak...