KWSP sasar lebih ramai individu kerja sendiri sebagai pencarum

Date:

Share post:

KOTA KINABALU: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyasarkan lebih ramai individu bekerja dalam sektor tidak formal sebagai pencarum di Sabah.

Dalam usaha memenuhi sasaran itu, KWSP hadir dalam Karnival Jom Heboh (KJH) Sabah 2024 di Kompleks Sukan Likas di sini, berlangsung sejak semalam hingga esok.

Pengarah KWSP Wilayah Sabah, Mohd Fadil Sarehan, berkata sektor tidak formal terdiri daripada individu bekerja sendiri dalam kategori ekonomi gig, termasuk peladang, petani dan nelayan.

“Jika kita lihat daripada statistik di negeri ini, masih terdapat 1.2 juta dalam keseluruhan tenaga kerja belum menjadi pencarum KWSP dan kebanyakannya daripada golongan pekerja tidak formal.

“Inilah peranan besar sebenar KWSP bagi di Sabah agar jumlah ini masuk ke dalam sistem perlindungan sosial dengan mula mencarum bersama KWSP dan membina tabungan untuk tujuan persaraan masing-masing.

“Oleh itu, pembabitan KWSP dalam KJH Sabah ini adalah platform terbaik yang boleh kita gunakan untuk menyalurkan maklumat dan menarik orang awam bergelar pencarum,” katanya di tapak KJH Sabah 2024 di Kompleks Sukan Likas di sini, semalam.

Mengulas lanjut mengenai perkhidmatan ditawarkan KWSP, Mohd Fadil memaklumkan pihaknya menyediakan kaunter membabitkan pelbagai pertanyaan termasuk semakan penamaan, mengaktifkan i-Akaun mahupun pertanyaan umum mengenai KWSP.

Pelbagai aktiviti disediakan

Menurut beliau, orang awam boleh datang terus ke reruai KWSP di tapak karnival dan bertemu pegawai bertugas.

“Kita juga ada aktiviti-aktiviti lain sempena KJH seperti permainan, aiskrim percuma dan hadiah sepanjang tiga hari karnival berlangsung.

“Setakat ini, perkhidmatan paling popular di reruai kita ialah pencarum membuat penambahan simpanan.

“Kita galakkan mereka datang ke sini untuk membuat tambahan simpanan dengan cepat kerana ia dilakukan secara dalam talian sahaja,” katanya.

Sementara itu, tinjauan BH di reruai KWSP yang turut menyediakan kaunter bergerak dikunjungi ramai pengunjung yang mengambil kesempatan untuk membuat semakan jumlah caruman dan penamaan, selain mengaktifkan i-Akaun serta pelbagai kemudahan disediakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

RM75.5 juta bantuan pendidikan diperuntukkan tahun ini untuk laksanakan 13 inisiatif – KM Hajiji

Semua ini adalah selaras dengan dasar kerajaan negeri seperti termaktub dalam Dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) bahawa kita terus komited menjadikan pendidikan sebagai teras utama pembangunan modal insan di negeri ini

Tukar pengurusan kanan Sapura antara syarat untuk suntikan dana diberikan – PM Anwar

Mesti diganti dengan pengurusan baharu dan kalau ada permasalahan yang membabitkan keperluan siasatan, jadi ini pertimbangan kita

70 peratus pelajar asrama penuh disarankan memilih aliran STEM – PM Anwar

Kita ada Infineon, NVIDIA, Google, Microsoft dan sekarang kecerdasan buatan (AI) di merata tempat, tetapi anak-anak kita tidak ambil STEM

Ascend Airways mulakan operasi pada akhir 2025

Kami komited untuk memperkukuh landskap penerbangan Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan ACMI yang boleh dipercayai kepada syarikat penerbangan, pengendali pelancongan, broker sewaan, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)