Pelantikan Musa Aman sebagai TYT harus disokong dan bukannya dipertikai – LOTUD

Date:

Share post:

KOTA KINABALU: Pelantikan Tun Musa Aman sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah (TYT) ke-11 seharusnya disokong dan bukannya dipertikai dengan menuduh beliau terbabit dengan rasuah.

Presiden Persatuan Suang Lotud Sabah (LOTUD), Datuk Fredie Sua, berkata rakyat perlu menyokong pelantikan Musa untuk menyandang jawatan tertinggi di Sabah dengan sepenuh hati.

“Pelantikan Musa sebagai TYT bukan sahaja simbolik kepada kestabilan politik, malah sebagai pengiktirafan terhadap jasa serta sumbangan beliau kepada Sabah selama ini.

“Musa bukan sekadar seorang pemimpin politik, tetapi seorang negarawan yang berpegang teguh kepada prinsip keadilan, integriti dan kepentingan rakyat Sabah.

“Selain itu, sebagai seorang pernah memimpin Sabah, beliau memahami secara mendalam aspirasi rakyat, cabaran dihadapi negeri ini serta peluang besar boleh dimanfaatkan demi pembangunan berterusan,” katanya menerusi kenyataan di Facebook di sini.

Beliau berkata, dengan latar belakang serta pengalaman luas Musa dalam pentadbiran dan pengurusan ekonomi, semua pihak dapat menjangka bahawa beliau sebagai TYT mampu menambah nilai kepada usaha kerajaan negeri membawa Sabah ke arah pembangunan lebih mampan.

Katanya, dalam konteks hubungan persekutuan dan negeri, pelantikan itu menunjukkan kebijaksanaan serta keterbukaan pimpinan negeri dan persekutuan dalam memperkukuh hubungan baik antara dua pihak.

Fredie berkata persefahaman antara dua kerajaan itu penting memastikan Sabah terus mendapat perhatian dan sokongan dalam pelbagai aspek, termasuk pembangunan infrastruktur, pendidikan, serta peluang ekonomi yang memberi manfaat kepada rakyat.

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat Sabah berganding bahu untuk memastikan segala rancangan pembangunan dibawa pemimpin dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Katanya, pelantikan Musa itu sewajarnya dilihat sebagai simbol harapan baharu untuk Sabah, harapan untuk melihat negeri ini terus maju, harmoni dan makmur bawah naungan kepimpinan yang bijaksana dan berwawasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...