Kerjasama dalam bidang STEM antara Malaysia dan Rusia perlu diperkukuh – Anwar

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memperkukuh kerjasama antara Malaysia dan Rusia khususnya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), yang disifatkan sebagai platform berpotensi besar untuk kemajuan bersama.

Anwar berkata, kepakaran Rusia yang diiktiraf dalam STEM selaras dengan aspirasi banyak negara Islam, termasuk Malaysia.

“Bidang pendidikan dan penyelidikan, di mana Rusia terkenal dengan keunggulannya dalam STEM, sangat bertepatan dengan aspirasi banyak negara Islam.

“Di Malaysia, sejak dua tahun lalu, kami semakin agresif dalam membangunkan pusat teknologi tinggi Rusia-Malaysia dan saya percaya kerjasama ini perlu melangkaui isu-isu lain,” katanya semasa berucap di Majlis Perasmian Kumpulan Visi Strategik: Rusia-Dunia Islam di sini, Rabu.

Majlis itu dihadiri tokoh-tokoh terkemuka termasuk Pengerusi Kumpulan Visi Strategik “Rusia-Dunia Islam” merangkap Rais Tatarstan, Rustam Minnikhanov; Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, serta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Luar Rusia Andrey Rudenko, Ketua Pengarah Hal Ehwal Politik di Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Mohamed Salah Tekaya dan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Prof. Emeritus Datuk Dr Osman Bakar.

Mesyuarat Kumpulan Visi Strategik: “Rusia-Dunia Islam” bertemakan “Russia and the Islamic World: Cooperation in an Emerging Multipolar Era” menghimpunkan lebih 200 tokoh berpengaruh termasuk wakil badan kerajaan, politik, agama dan masyarakat dari 32 negara merangkumi Asia, Afrika, dan Timur Tengah serta organisasi antarabangsa.

Objektif utama mesyuarat itu adalah untuk membincangkan potensi hubungan antara Rusia dan negara-negara Islam dalam konteks landskap antarabangsa yang berubah pantas, dengan tumpuan kepada menetapkan parameter interaksi dalam dunia multipolar yang berkembang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...