Dakwaan kebocoran data atau transaksi mencurigakan tidak benar – JPN

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan tiada kebocoran data atau transaksi mencurigakan berlaku dalam sistem di jabatan berkenaan seperti dakwaan menerusi media sosial ketika ini.

Dalam satu kenyataan, JPN berkata berdasarkan siasatan, dakwaan itu juga disifatkan tidak benar kerana tiada sebarang kes seperti itu pernah berlaku yang membabitkan sistem jabatan berkenaan.

“JPN sudah berhubung dengan Agensi Keselamatan Siber Kebangsaan (NACSA) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan diambil di pihak mereka.

“JPN akan sentiasa memastikan keselamatan dan integriti data rakyat Malaysia yang berada di bawah jagaan JPN adalah terjamin dan selamat,” kata kenyataan itu yang disiarkan menerusi laman sosial hari ini.

Semalam BH melaporkan, kerajaan menafikan kebocoran data kad pengenalan atau MyKad milik 17 juta rakyat negara ini seperti didakwa di media sosial ketika ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasition Ismail, berkata hasil pemeriksaan rapi agensi keselamatan termasuk JPN berhubung dakwaan itu mendapati ia tidak benar sama sekali.

Beliau turut memberi jaminan keselamatan data terutama MyKad terjamin dan sentiasa berada dalam keadaan selamat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...