PDRM tempatkan dua batalion PGA baharu di Sabah

Date:

Share post:

KOTA KINABALU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menempatkan dua batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) baharu di Sabah masing-masing Batalion 21 dan Batalion 22.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razaruddin Husain berkata, Batalion 21 diletakkan di Keningau manakala Batalion 22 di Kunak bagaimanapun, buat masa ini, belum ada penempatan di Kunak dan batalion terbabit tempatkan di Semporna. 

“Saya melawat beberapa pulau di Semporna bagi meninjau penugasan dan keadaan kemudahan di pos pasukan keselamatan khususnya Pos PGA.

“Lawatan pertama di IPD Semporna bagi melihat penempatan anggota di Batalion 22 yang kini mempunyai lebih kurang 400 lebih anggota buat masa ini,” katanya.

Beliau berkata, hasil lawatan mendapati masih terdapat kekurangan dan akan ada penambahan yang akan dibuat.

“Penambahan dua batalion ini adalah secara deployment redeployment iaitu maksudnya tidak ada melibatkan isu kewangan dengan cara mengecilkan batalion yang ada di Malaysia dan kita agihkan kepada dua batalion ini,” katanya.

Beliau berkata, secara keseluruhannya, lawatan ini memberi tumpuan kepada peranan strategik Pasukan Polis Marin (PPM) dan PGA dalam mengawal keselamatan di kawasan sempadan pantai timur Sabah yang sering dianggap sebagai zon berisiko tinggi.

“Lawatan ini juga bagi melihat kebajikan pegawai dan anggota PDRM selain menilai keberkesanan langkah-langkah keselamatan yany dilaksanakan oleh PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya dalam menangani isu pencerobohan, penyeludupan serta ancaman jenayah rentas sempadan yang boleh menjejaskan kedaulatan negara.

“Saya juga memberikan pesanan kepada pegawai dan anggota PDRM yang bertugas menjaga keselamatan dan kedaulatan negara di Pantai Timur Sabah agar menjaga kerja, menjaga negara, menjaga keluarga dan juga agama. 

“Itu sangat mustahak bagi mereka dalam menghindarkan perkara-perkara yang melanggar disiplin pasukan ataupun terlibat dalam kegiatan yang tidak baik,” katanya.

Dalam program sama, Razarudin bersama delegasi meneruskan lawatan ke Pos PGA Pulau Mataking, Batalion 14 Tawau.

Kehadiran beliau di pos gabungan pasukan keselamatan PDRM dengan ATM itu disambut Pegawai Pemerintah Markas Taktikal Kompeni, Asisten Superintenden Ibrahim Mastar bersama 48 pegawai dan anggota polis serta tentera yang ditugaskan di pulau itu. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...