Hab Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana akan diwujudkan di Sabah dan Sarawak – KUSKOP

Date:

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan mewujudkan mewujudkan Hab Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) di Sabah dan Sarawak.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, pengwujudan Hab PMKS di Wilayah Borneo di bawah seliaan SME Corp. Malaysia itu bertujuan meningkatkan akses maklumat PMKS kepada golongan usahawan di kedua-dua negeri berkenaan.

“Hab PMKS adalah platform pusat maklumat sehenti bagi PMKS memperolehi pelbagai maklumat mengenai perniagaan.

“Ini termasuklah maklumat mengenai permulaan perniagaan, akses pasaran pembangunan modal insan, sumber kewangan dan mempelajari amalan terbaik dalam perniagan.

“Pada tahun depan, kita ingin meluaskan Hari Hab PMKS SME Corp iaitu satu di Sabah dan satu di Sarawak sebagai tambahan kepada Hab PMKS sedia ada di Semenanjung,” katanya dalam kenyataan media selepas menghadiri Hari Terbuka @Hab PMKS SME Corp Malaysia, di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berharap sesi seumpama itu memberi manfaat kepada semua usahawan termasuk dari segi keupayaan PMKS yang menyumbang RM19 bilion cukai kepada hasil negara ini.

Sempena Hari Terbuka @Hab PMKS bertemakan ‘KUSKOP dan Agensi Memperkasakan PMKS’ taklimat turut diadakan antaranya Status PMKS dan Penerapan SCORE oleh SME Corp Malaysia, Latihan dan Bimbingan Keusahawanan oleh INSKEN, Transformasi Perniagaan oleh PERNAS, Skim Pembiayaan Tekun Niaga oleh Tekun, Pemerkasaan Usahawan oleh Bank Rakyat dan taklimat mengenai KWSP.

Selain itu turut diadakan sesi khidmat nasihat dan networking daripada Bank Rakyat iaitu Bank Rakyat Memacu Pemerkasaan dan Kelestarian Usahawan Madani dan Pembiayaan Bersama OCBC Al-Amin Bank Berhad.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...
Exit mobile version