Sabah memerlukan 7000 doktor bagi mencapai nisbah 1 doktor setiap 500 penduduk

Date:

KOTA KINABALU: Sabah memerlukan 7,000 doktor bagi mencapai nisbah seorang doktor bagi setiap 500 penduduk seperti disarankan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob, berkata ketika ini hanya ada 554 doktor pakar dan 1,951 pegawai perubatan di Sabah.

“Kalau sekarang ini, dengan jumlah itu satu doktor jaga 1,400 orang. Untuk mencapai nisbah satu doktor 500 orang mengikut WHO kita perlu 7,000 doktor di Sabah,” katanya ketika membahaskan Belanjawan Sabah 2025 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini, semalam.

Dr Yusof yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) – Pakatan Harapan (PH) Plus, berkata bilangan doktor berkhidmat di Sabah ketika ini juga belum memenuhi jumlah perjawatan yang ditawarkan.

Katanya, jawatan doktor pakar yang disediakan di Sabah adalah sebanyak 620 perjawatan, tetapi yang diisi cuma 554 orang iaitu kekosongan 66 orang.

Bagi jawatan Pegawai Perubatan, katanya ada sebanyak 2,375 perjawatan disediakan, namun hanya 1,951 yang diisi.

“Kalau ikut di Sabah dengan jumlah perjawatan yang ada, iaitu 2,995 untuk merawat 3.5 juta orang, jadi ertinya satu orang doktor untuk 1,100 orang,” katanya.

Berikutan itu, katanya usaha menambah doktor di negeri ini perlu digiatkan khususnya menerusi galakan kepada anak Sabah mengambil jurusan kedoktoran dalam pengajian.

“Kita ambil anak-anak kita yang pintar yang ada sekarang ini supaya mereka yang berminat jadi doktor kita latih, kita beri mereka biasiswa untuk mengisi kekosongan ini dan juga pegawai-pegawai perubatan yang ingin mengambil ataupun kita tawarkan untuk menjadi doktor pakar.

“Kita bagi biasiswa supaya kita ada kecukupan doktor di Sabah. Ini penting untuk rakyat kita sihat untuk rakyat kita ceria dan keluarga yang harmoni perlu sihat.

“Jadi kita berharap program ini mesti diatur (inisiatif) daripada kerajaan negeri menerusi bahagian biasiswa dengan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya.

Beliau berkata ketika ini sudah banyak program perubatan ditawarkan di universiti tempatan dalam negeri, termasuk di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...
Exit mobile version