Kerajaan kekal untuk melaksanakan pelesenan media sosial berkuat kuasa 1 Januari 2025

Date:

Share post:

PUTRAJAYA: Kerajaan kekal dengan pendirian untuk melaksanakan pelesenan platform media sosial yang bakal berkuat kuasa pada 1 Januari tahun depan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, berkata penguatkuasaan pelesenan itu penting bagi mengatasi pelbagai masalah dalam internet khususnya membabitkan buli siber.

“Dalam isu buli siber, kita lihat memang pada waktu ini banyak daripada kegiatan buli siber berlegar dalam beberapa platform (media sosial) terutama Facebook, TikTok dan juga Instagram.

“Ini antara sebab kenapa kita berpendirian tarikh 1 Januari 2025 untuk pemakaian sistem ataupun rejim pelesenan bagi platform media sosial ini tidak boleh diubah,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

Ogos lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) memaklumkan semua perkhidmatan media sosial dan pesanan internet yang ketika ini mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di negara ini, perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

MCMC dalam kenyataannya dilaporkan, langkah itu akan dikuat kuasa bermula 1 Januari 2025, susulan kerangka kawal selia baharu ke atas perkhidmatan media sosial dan perkhidmatan pesanan Internet diperkenal bermula hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Kerajaan komited mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju industri halal global – Zahid

"Fokus utama mesyuarat termasuklah memperkukuhkan aspek perdagangan, pensijilan, pelaburan, pembangunan modal insan dan perundangan industri halal,"

PDRM tempatkan dua batalion PGA baharu di Sabah

Penambahan dua batalion ini adalah secara deployment redeployment iaitu maksudnya tidak ada melibatkan isu kewangan dengan cara mengecilkan batalion yang ada di Malaysia dan kita agihkan kepada dua batalion ini

Pemasangan menara telekomunikasi (JENDELA) harus dipantau dengan teliti – Hajiji

Hajiji telah diberi taklimat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang menyatakan bahawa hanya 217 daripada 382 menara atau 57 peratus di bawah fasa satu JENDELA yang telah siap di Sabah

Peperiksaan SPM berjalan lancar termasuk di negeri yang dilanda banjir

"Ada pelajar yang berpakaian sekolah, baju sukan dan pakaian biasa yang sopan. Apa juga pakaian, mereka tetap ceria dan tampak bersemangat untuk menduduki peperiksaan,"