Pemimpin negara rakam ucapan takziah kepada keluarga Tun Daim

Date:

KUALA LUMPUR: Pemimpin negara merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia hari ini.

Rata-rata menyifatkan pemergian Daim sebagai satu kehilangan besar untuk negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Daim seorang tokoh pemimpin yang banyak berjasa kepada negara.

Justeru, beliau mendoakan supaya keluarga Daim dipermudahkan segala urusan mereka selain tabah menhadapi dugaan ini.

“Pagi ini kita menerima berita sedih pemergian Tun Daim Zainuddin yang telah meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

“Semoga Allah SWT mengampunkan dosa beliau, menempatkan rohnya bersama mereka yang beriman dan menganugerahkan pahala untuk segala sumbangan beliau kepada negara,” katanya yang juga Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH) menerusi platform X.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata sumbangan Daim selama ini tidak ternilai kepada tanah air dan ia menjadi aspirasi kepada generasi akan datang.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” katanya Presiden AMANAH itu.

Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Daim.

“Salam takziah saya sampaikan buat keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin, mantan Menteri Kewangan negara di atas pemergian beliau pada hari ini.

“Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman,” katanya yang juga Pengerusi DAP.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...
Exit mobile version