Mahkamah Agung Perancis tolak sepenuhnya pihak mengaku waris Kesultanan Sulu

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperoleh kemenangan besar apabila Mahkamah Agung Perancis menolak sepenuhnya pihak yang mengaku sebagai waris Kesultanan Sulu (“Para Penuntut”) terhadap keputusan Mahkamah Rayuan Paris pada 6 Jun 2023.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata ia adalah satu keputusan bersejarah yang menyebelahi Malaysia dalam kes berkenaan.

Katanya, keputusan penting itu bermakna asas awal bagi ‘Final Award’ yang mengarahkan Malaysia membayar US$14.9 bilion (RM62.59 bilion), tidak diiktiraf di bawah undang-undang Perancis.

“Mahkamah Rayuan Paris kini akan meneruskan proses untuk membatalkan ‘Final Award’ yang kononnya dikeluarkan oleh Dr Gonzala Stampa dan akan menyelesaikan perkara ini secara muktamad demi kepentingan rakyat Malaysia.

“Saya menyambut baik keputusan penting ini oleh Mahkamah Agung Perancis sebagai satu kemenangan besar bagi kedaulatan undang-undang yang akan membantu memelihara kesucian arbitrasi antarabangsa sebagai alternatif penyelesaian pertikaian,” katanya dalam satu hantaran di laman sosialnya, hari ini.

Dalam pada itu, Azalina turut merakamkan penghargaan yang tinggi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas sokongan berterusan dan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi dalam usaha mempertahankan pendirian Malaysia.

“Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Komunikasi, Ahmad Fahmi Fadzil; Ketua Menteri Sabah,Datuk Seri Hajiji Noor; Peguam Negara, Kerajaan Sabah, pejabat Peguam Negara, Kedutaan Malaysia di Perancis serta kementerian dan agensi yang terbabit dan semua pihak lain yang menyumbang kepada usaha ini,” katanya.

Pada September lalu, Mahkamah Agung Belanda juga menolak rayuan difailkan pihak Sulu terhadap Malaysia, sekali gus menamatkan cubaan pihak yang menuntut itu untuk menguatkuasakan tuntutan tidak sah mereka terhadap Malaysia di Belanda.

Tuntutan itu adalah untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan ‘Final Award’ diberikan Dr Gonzalo Stampa di Paris pada 28 Februari 2022.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Ringgit teruskan momentum positif

Ringgit meneruskan momentum positif baru-baru ini untuk diniagakan lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa awal dagangan pada Jumaat

PM Anwar ajak orang ramai hadiri Program Dua Tahun Kerajaan MADANI

program itu ialah inisiatif kerajaan untuk meraikan rakyat dengan berkongsi hasil kerja keras selama dua tahun mentadbir dengan menghimpunkan pelbagai perkhidmatan kerajaan di satu lokasi

JPN di fasa akhir muktamadkan penukaran mykad generasi baharu

penggantian kad pengenalan struktur baharu itu bertujuan memastikan kad pengenalan bakal dikeluarkan JPN kelak mempunyai ciri keselamatan tinggi, selamat dan dipertingkat selari dengan perkembangan teknologi keselamatan terkini

Sabah memerlukan 7000 doktor bagi mencapai nisbah 1 doktor setiap 500 penduduk

Kalau sekarang ini, dengan jumlah itu satu doktor jaga 1,400 orang. Untuk mencapai nisbah satu doktor 500 orang mengikut WHO kita perlu 7,000 doktor di Sabah