Pembasmian kemiskinan agenda utama kerajaan – Zahid

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan terus berusaha membasmi kemiskinan selaras dengan aspirasi Desa MADANI dan misinya dalam memastikan setiap rakyat terutamanya masyarakat desa, menikmati kehidupan yang lebih sejahtera dan berkualiti.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata kerajaan juga komited mengurangkan ketidaksamaan dan memperkasakan masyarakat desa melalui pelbagai inisiatif pembangunan, peluang ekonomi dan akses kepada pendidikan serta kemudahan asas.

“Tiada siapa yang harus ketinggalan dalam arus kemajuan negara. Melalui kerjasama erat antara kerajaan, sektor swasta dan masyarakat, saya yakin kita mampu membina sebuah negara yang lebih inklusif dan adil. Setiap usaha yang kita lakukan hari ini akan membuka peluang dan harapan baharu kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian dalam kenyataan di laman Facebook bersempena Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa 2024, hari ini.

Ahmad Zahid berkata sambutan Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa pada 17 Oktober setiap tahun, merupakan satu peringatan bahawa kemiskinan satu isu global yang perlu ditangani secara tuntas.

– BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...