Sebanyak 53 projek Tamu Desa dilaksanakan di Sabah – Ewon

Date:

Share post:

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melaksanakan sebanyak 53 Program Pembangunan Premis (Tamu Desa) di Sabah tahun ini.

Menteri Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 36 projek Tamu Desa dilaksanakan dalam fasa 1 dan 17 tapak Tamu Desa dikenal pasti di Sabah untuk pelaksanaan fasa 2 tahun ini.

Beliau berkata, bagi Sarawak, sebanyak 13 Tamu Desa akan dilaksanakan dalam fasa 1 dan 20 tapak Tamu Desa dalam fasa 2.

“KUSKOP sentiasa komited untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur bagi membantu peniaga-peniaga kecil di desa dan luar bandar Sabah dan Sarawak.

“Pada tahun ini, KUSKOP diperuntukkan RM20 juta bagi pelaksanaan premis projek Tamu Desa termasuk RM1 juta daripadanya disalurkan kepada persatuan-persatuan penjaja.

“Dalam hal ini, KUSKOP bersama-sama Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak melaksanakan program Tamu Desa di kedua-dua negeri itu bermula tahun ini,” katanya pada sesi soalan lisan Persidangan Dewan Rakyat, di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Suhaimi Nasir (Libaran) adakah KUSKOP bercadang untuk menyenaraikan Tamu Gum-Gum, Batu 16, Sandakan dalam projek Program Pembangunan Premis Tamu Desa.

Ewon berkata, pembinaan Tamu Desa di Sabah dalam fasa 1 tahun ini melibatkan peruntukan berjumlah RM9 juta merangkumi kerja-kerja bina baharu atau naik taraf sebanyak 36 tapak Tamu Desa.

“Terdapat satu projek Tamu Desa yang akan dinaik taraf di Sandakan iaitu di Agro Bazaar Batu 32, Sandakan di mana kerja-kerja pelaksanaan akan dimulakan dalam tempoh terdekat ini,” katanya.

Beliau berkata, bagi Sabah, surat pelantikan Pegawai Daerah sebagai Pegawai Penguasa Projek diserahkan pada 16 Oktober 2024.

Mengenai cadangan pelaksanaan projek Tamu Desa di Tamu Gum-Gum, Batu 16, Sandakan, Ewon berkata, KUSKOP sedia mempertimbangkan cadangan projek itu untuk pelaksanaan pada 2025. 

“Permohonan projek ini boleh dikemukakan menerusi Pejabat Daerah bagi penyelarasan selanjutnya,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...