Kerajaan MADANI utamakan agenda kebajikan rakyat dalam semua dasar dan inisiatif

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI akan memastikan semua dasar dan inisiatif direncana mengutamakan agenda kebajikan rakyat bagi memastikan tiada kelompok yang tercicir daripada menikmati pembangunan dan kemakmuran negara.

Perkara itu ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Bil.2/2024 di Putrajaya, pada Isnin.

“Mesyuarat ini adalah platform untuk kerajaan menekuni permasalahan kos sara hidup serta berbincang mengenai kaedah terbaik dalam meningkatkan kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

“Dalam mesyuarat ini, saya tegaskan bahawa indikator ekonomi Malaysia yang menunjukkan prestasi memberangsangkan kebelakangan ini, hanya mampu dimaknai sekiranya ia diterjemah dalam kehidupan rakyat terbanyak.

“Dalam ruang yang sama, saya meminta Ketua Setiausaha Negara memastikan tindakan segera diambil oleh Kementerian dan Agensi berkaitan setelah sesuatu keputusan dicapai,” katanya menerusi perkongsian di Facebook pada Selasa.

Pada masa sama, Anwar turut mengulangi gesaan menuntut perkhidmatan awam menekankan aspek kepantasan, ketelusan dan penjimatan bagi meningkatkan tatakelola dan mutu penyampaian perkhidmatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...