PDRM mahu bina PULAPOL serba moden di Sabah

Date:

KOTA KINABALU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) merancang untuk membina sebuah Pusat Latihan Polis (PULAPOL) moden bagi memenuhi keperluan dan kelengkapan dalam latihan dalam melahirkan pelatih yang cemerlang seterusnya memberikan perkhidmatan kepolisan dalam negara.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata, setakat ini PULAPOL Kota Kinabalu sudah melahirkan lebih 7,000 anggota polis iaitu 68 siri keluaran sejak ditubuhkan pada 1994.

“Jika kita lihat kepada jumlah anggota yang dikeluarkan di PULAPOL Kota Kinabalu, penerimaan pelatih untuk pegawai pangkat rendah serta kualiti yang ada di sini sama seperti pusat latihan lain yang ada dalam negara.

“Kita tidak menghadapi sebarang isu dalam memberikan latihan, bagaimanapun, PULAPOL Kota Kinabalu masih berdepan kekurangan fasiliti dan kemudahan terutamanya dari segi latihan di air.

“Oleh itu, PDRM dalam rancangan jangka panjang akan memindahkan PULAPOL Kota Kinabalu ke satu kawasan di Tuaran yang mana tapak bagi pembinaannya sudah dikenal pasti dan kita hanya menunggu bajet dari kerajaan bagi merealisasikan rancangan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Bil 68 Siri 3/2024 di Padang Kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...
Exit mobile version