PM Anwar ke Brunei sempena Rundingan Pemimpin Tahunan ke-25

Date:

Share post:

BANDAR SERI BEGAWAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini malam tadi untuk lawatan kerja dua hari bersempena Rundingan Pemimpin Tahunan ke-25 Malaysia dan Brunei, satu mekanisme peringkat tertinggi dalam hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada 9.30 malam dan ketibaan beliau disambut oleh Kuasa Usaha Sementara Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Nur Ezira Mahadi.

Turut menyambut ketibaan Anwar ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dan Ekonomi II Brunei Dato Seri Setia Dr Awang Mohd Amin Liew Abdullah serta Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II Brunei Dato Seri Setia Erywan Pehin Datu Pekerma Jaya Mohd Yusof.

Hari ini, Perdana Menteri dijadual menghadap Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan mengadakan pertemuan empat mata di Istana Nurul Iman di sini.

Sultan Hassanal Bolkiah juga berkenan untuk menyaksikan bersama Anwar pemeteraian beberapa instrumen dua hala termasuk yang melibatkan sempadan darat.

Kementerian Luar Malaysia dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan semasa rundingan itu, kedua-dua pemimpin akan mengkaji semula kemajuan kerjasama dua hala serta isu yang tertunggak.

 “Sebagai jiran rapat dan rakan kongsi di ASEAN, kedua-dua pemimpin akan turut bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

“Rundingan ini akan mengukuhkan lagi hubungan istimewa dan kerjasama pelbagai hala antara kedua-dua negara yang ditunjangi oleh institusi Kesultanan Melayu dan persamaan lain seperti budaya, bahasa dan warisan,” menurut kenyataan itu. 

Pada 2023, Brunei adalah rakan perdagangan ke-30 terbesar Malaysia dan keenam terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN dengan jumlah dagangan RM9.31 bilion (US$2.04 bilion). 

Jumlah eksport ke Brunei pada tahun lepas bernilai RM6.4 bilion (US$1.4 bilion) manakala jumlah import bernilai RM2.91 bilion (US$0.64 bilion).

Jumlah lebihan dagangan pula berpihak kepada Malaysia, bernilai RM3.49 bilion (US$0.76 bilion).

Bagi tempoh Januari hingga Mei 2024, Malaysia mencatat jumlah dagangan sebanyak RM3.53 bilion (US$0.75 bilion) dengan Brunei. 

-BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...