Mohd Zuki tamatkan khidmat sebagai Ketua Setiausaha Negara secara rasmi

Date:

Share post:

PUTRAJAYA: Tan Sri Mohd Zuki Ali hari ini menyatakan kesediaan untuk terus berkhidmat untuk negara, meskipun telah bersara daripada perkhidmatan awam secara rasmi hari ini.

Beliau yang menamatkan khidmat sebagai Ketua Setiausaha Negara berkata tempoh 32 tahun tujuh bulan dalam perkhidmatan awam, satu pengalaman mencabar dan manis buat dirinya.

“Saya rasa syukur kerana sepanjang tempoh berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Negara, banyak pengalaman saya lalui dan hikmah saya dapat.

“Saya sempat berkhidmat dengan dua Yang di-Pertuan Agong dan empat orang Perdana Menteri…Insya-Allah saya akan bersedia untuk berikan apa juga khidmat dan nasihat pandangan jika masih diperlukan,” katanya kepada pemberita selepas sesi clock out di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Turut hadir Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara yang baharu berkuat kuasa 12 Ogos.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor berkata Mohd Zuki akan diberikan tugasan penting lain bagi membantu kerajaan, namun tidak memperincikannya.

Sementara itu, Mohd Zuki merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, barisan Jemaah Menteri dan warga perkhidmatan awam yang membantunya ketika berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Negara.

“Warga penjawat awam perlu melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin bagi menjayakan aspirasi Malaysia MADANI,” katanya.

Mohd Zuki turut merakamkan ucapan tahniah kepada Shamsul Azri atas pelantikan beliau sebagai Ketua Setiausaha Negara yang ke-16.

“Saya amat yakin dan percaya perkhidmatan Awam akan terus cemerlang dan gemilang di bawah kepimpinan Shamsul Azri,” katanya.

Dalam hantaran di laman Facebooknya, beliau turut merakam penghargaan kepada media yang sentiasa memberi sokongan kepada beliau sepanjang memegang amanah sebagai Ketua Setiausaha Negara.

Mohd Zuki, 62, mula memegang jawatan sebagai KSN pada 31 Dis 2019 dan dilantik semula secara kontrak selama dua tahun berkuat kuasa dari 11 Ogos 2022 hingga 10 Ogos 2024.- BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...