KPKT mahu pinda Akta 171 mencakupi hukuman pesalah buang sampah merata-rata

Date:

Share post:

KAMPAR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam kajian untuk meminda Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) mencakupi seksyen berkaitan hukuman bagi pesalah yang membuang sampah merata-rata.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata KPKT menerusi pegawai undang-undang sedang mengkaji pindaan akta itu termasuk mengenakan denda melakukan khidmat masyarakat kepada pesalah memandangkan kompaun tidak memberi kesan kepada mereka yang tidak bertanggungjawab.

“Saya akan suruh dia (pesalah) buat khidmat sosial termasuk sapu jalan di bawah terik matahari, saya minta buat iklan percuma TikTok, media sosial untuk ‘ulat-ulat’ sampah suka buang sampah di merata tempat.

“Siapa yang buang sampah, arahan telah pun dikeluarkan kepada PBT (pihak berkuasa tempatan) termasuk Majlis Daerah Kampar, tidak boleh bagi diskaun untuk kompaun,” katanya pada sidang media selepas Program Sentuhan Kasih KPKT ke Kampar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan media mengenai keindahan kebanyakan pantai tumpuan pelancong di Malaysia terus dicemari puntung rokok yang dibuang merata-rata sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap kesan sampah itu kepada alam sekitar.

Nga turut diminta mengulas dakwaan terdapat sesetengah PBT menetapkan kempen larangan merokok di pantai, namun lemah dari segi penguatkuasaan iaitu sekadar memberikan nasihat dan tidak mengenakan kompaun.

Pindaan akta itu juga setelah melihat beberapa negara maju berjaya mendidik masyarakat dengan memberi hukuman khidmat sosial kepada pesalah yang membuang sampah merata-rata.

“Kita boleh menjimatkan kos untuk mengupah pencuci jalan, saya rasa itu cara yang baik untuk terus mendidik. Saya percaya apabila kita sudah melaksanakannya, selepas beberapa kes tiada siapa lagi akan berani untuk membuang sampah (merata-rata),” katanya.

-BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Pelbagai strategi dan inisiatif dari KKM dalam merapatkan jurang nisbah doktor di Sabah

Keutamaan kepada pegawai perubatan anak kelahiran Sabah untuk berkhidmat di negeri itu, antara strategi dan inisiatif Kementerian Kesihatan (KKM) dalam merapatkan jurang nisbah doktor khususnya di Sabah

Mahkamah Agung Perancis tolak sepenuhnya pihak mengaku waris Kesultanan Sulu

Mahkamah Rayuan Paris kini akan meneruskan proses untuk membatalkan 'Final Award' yang kononnya dikeluarkan oleh Dr Gonzala Stampa dan akan menyelesaikan perkara ini secara muktamad demi kepentingan rakyat Malaysia

Ucapan tahniah daripada pemimpin dunia buat Donald Trump

Semasa anda membina kejayaan dari penggal sebelumnya, saya berharap untuk memperbaharui kerjasama kita

PKR Sabah terbuka kerjasama dengan mana-mana parti dalam Kerajaan Madani

PH Sabah akan menyelesaikan dulu perbincangan serta rundingan dalaman sebelum memulakan rundingan kerjasama dengan mana-mana parti atau gabungan