Kembali ke Bangladesh atau sambung pengajian di Malaysia – Zambry

Date:

Share post:

IPOH: Pelajar Malaysia yang dibawa pulang dari Bangladesh akan diberi pilihan sama ada mahu menyambung pengajian mereka di dalam negara atau kembali ke negara itu sekiranya keadaan kembali aman.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, berkata pihaknya sudah mengarahkan supaya satu perbincangan lebih lanjut dilaksanakan bersama pelajar berkenaan dari segi hala tuju mereka selepas ini.

“Kita akan tengok bagaimana kedudukan mereka pada ketika ini, apa pilihan mereka kalau nak sambung (pengajian) di dalam negara. Bagaimanapun, kita nak kena tengok dari segi kelayakan, kedudukan dan subjek yang mereka ambil dan sebagainya.

“Kita mahu mereka diberi kaunseling atau berjumpa dengan pegawai kita untuk kita mengetahui kedudukan mereka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Makan Malam bersempena penganjuran Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia 2024 (WCIT 2024) Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), di sini malam tadi.

Menurut Zambry, buat sementara ini pihaknya akan sentiasa memantau erat perkembangan di Bangladesh bersama Wisma Putra sebelum apa juga keputusan berhubungnya dibuat.

“Kita akan tengok sehingga mendapat lampu hijau daripada pihak Wisma Putra seterusnya. Sebab apa pun yang kita hendak lakukan kita kena dapatkan maklum balas daripada Wisma Putra terlebih dahulu,” katanya.

Ribuan pelajar di Bangladesh mengadakan demonstrasi sejak 1 Julai lepas susulan keputusan mahkamah mengembalikan kuota untuk pekerjaan awam yang telah dimansuhkan pada 2018 dan kesan daripada demonstrasi itu dilapor mengorbankan lebih 130 nyawa.

Susulan itu, sebanyak 123 rakyat Malaysia termasuk 80 pelajar sudah dibawa pulang dari Bangladesh menerusi penerbangan khas atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 23 Julai lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

RM75.5 juta bantuan pendidikan diperuntukkan tahun ini untuk laksanakan 13 inisiatif – KM Hajiji

Semua ini adalah selaras dengan dasar kerajaan negeri seperti termaktub dalam Dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) bahawa kita terus komited menjadikan pendidikan sebagai teras utama pembangunan modal insan di negeri ini

Tukar pengurusan kanan Sapura antara syarat untuk suntikan dana diberikan – PM Anwar

Mesti diganti dengan pengurusan baharu dan kalau ada permasalahan yang membabitkan keperluan siasatan, jadi ini pertimbangan kita

70 peratus pelajar asrama penuh disarankan memilih aliran STEM – PM Anwar

Kita ada Infineon, NVIDIA, Google, Microsoft dan sekarang kecerdasan buatan (AI) di merata tempat, tetapi anak-anak kita tidak ambil STEM

Ascend Airways mulakan operasi pada akhir 2025

Kami komited untuk memperkukuh landskap penerbangan Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan ACMI yang boleh dipercayai kepada syarikat penerbangan, pengendali pelancongan, broker sewaan, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)