Gesaan Maszlee terhadap Aiman Athirah “tidak logik” – Khalid Samad

Date:

Share post:

Amanah berpendapat bekas menteri pendidikan Maszlee Malik wajar mendapatkan maklumat yang menyeluruh sebelum membuat kenyataan menyerang rakan sendiri dalam kerajaan, Aiman Athirah Sabu.

Menganggap Maszlee membuat kenyataan “tidak logik” berhubung isu tersebut, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata sebelum ini Aiman Athirah sudah memberi penjelasan berhubung kehadirannya di majlis mengumpul dana sebuah sekolah Cina di Sepang.

Pun begitu, kata Khalid, Maszlee masih membuat kecaman malah mencadangkan agar ketua Wanita Amanah Nasional terbabit melepaskan jawatannya sebagai timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan, serta ahli parlimen Sepang.

“Saya tak faham kenapa Maszlee buat kenyataan yang bagi saya tidak wajar, dan Aiman Atirah sudah jelaskan dia tak tahu siapa penyumbang.

“Beliau (Maszlee) patut berjumpa dengan Aiman Atirah dulu, berbincang dan dapatkan penjelasan. Hanya selepas itu baru keluarkan kenyataan,” katanya kepada media ketika ditemui pada satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Aiman Athiran menjadi perhatian ramai apabila hadir pada majlis makan malam bagi mengumpul dana untuk sekolah Cina. Ia mencetuskan kontroversi apabila program tersebut melibatkan syarikat pengeluar bir, Tiger Beer.

Bagaimanapun syarikat terbabit tidak menghulurkan derma kepada sekolan berkenaan, sebaliknya menjadi perantara di antara penyumbang dengan pihak pentadbiran.

Aiman Athirah juga sudah membuat kenyataan permohonan maaf atas pembabitan tidak dirancangnya itu.

Kata Khalid, dia menganggap kenyataan dikeluarkan Maszlee adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili parti ahli politik terbabit, iaitu PKR.

“Saya tak tahu kenapa beliau membuat kenyatan sebegitu. Ia suatu kenyataan yang tak logik,” katanya.

Mengulas lanjut, Khalid berkata, program berkenaan wajar menjadi isu jika sekolah terbabit merupakan institusi di bawah kelolaan secara langsung Kementerian Pendidikan Malaysia.

“Kalau sekolah terlibat sekolah kerajaan atau sekolah agama, tak ada masalah (nak kritik), tapi itu sekolah Cina.

“Masyarakat Cina ada sekolah yang hanya dapat sebahagian bantuan daripada kerajaan.

“Program itu dibuat sejak bertahun-tahun untuk dapatkan sumbangan pihak swasta,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...