Syarikat China melabur RM10 bilion bangunkan tenaga hijau di Sarawak

Date:

Share post:

KUCHING: Syarikat tenaga China, Shanghai Electric dan China Three Gorges International Ltd bersedia untuk melabur RM10 bilion dalam pelan tenaga hijau di Sarawak.

Dua syarikat terbabit bukan asing di Sarawak kerana sudah menjalankan perniagaan di Sarawak hampir sedekad.

Pengarah Shanghai Electric Malaysia, Zhang Xiaohui, berkata kedua-dua syarikat itu percaya Sarawak akan menjadi hab tenaga hijau dalam masa terdekat.

“Kami percaya Premier Sarawak (Tan Sri Abang Johari Abang Openg) mempunyai visi yang jelas dan yakin beliau boleh menjadikan Sarawak sebagai hab tenaga hijau.

“Sehubungan itu, ingin menghulurkan sokongan kami (dalam pelan tenaga hijau),” katanya dipetik dalam laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) hari ini.

Terdahulu, beliau mengadakan kunjungan hormat kepada Abang Johari di pejabatnya di Wima Bapa Malaysia, Petra Jaya, di sini.

Bercakap bagi pihak Three Gorges, Zhang berkata, pengalaman dan kejayaan kedua-dua syarikat bekerjasama dengan syarikat di Sarawak memberi keyakinan kepada mereka untuk menambah pelaburan.

Three Gorges memainkan peranan penting dalam pembangunan empangan hidroelektrik Murum apabila menjadi sebagai kontraktor utama projek mega itu.

Syarikat terbabit bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan pembinaan perolehan kejuruteraan untuk projek itu, termasuk membina dan menyelia pembinaan empangan.

Empangan Murum yang mula dibina pada 2008 dan mula beroperasi secara berperingkat dari 2014 hingga 2015 ialah projek tenaga hidroelektrik utama di Sarawak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Pembasmian kemiskinan agenda utama kerajaan – Zahid

kerajaan juga komited mengurangkan ketidaksamaan dan memperkasakan masyarakat desa melalui pelbagai inisiatif pembangunan, peluang ekonomi dan akses kepada pendidikan serta kemudahan asas

Sebanyak 53 projek Tamu Desa dilaksanakan di Sabah – Ewon

KUSKOP sentiasa komited untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur bagi membantu peniaga-peniaga kecil di desa dan luar bandar Sabah dan Sarawak

Kerajaan Sabah setuju pelarasan gaji penjawat awam negeri selaras SSPA

pelarasan gaji itu adalah manifestasi pengiktirafan kerajaan negeri terhadap sumbangan kakitangan perkhidmatan awam negeri dan pekerja sambilan harian kepada agenda pembangunan negeri

Trend pertumbuhan hutang Kerajaan Persekutuan menurun kepada 7.5 peratus

Pinjaman kasar Kerajaan Persekutuan yang berjumlah RM112.5 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun 2024 adalah lebih rendah berbanding RM128 bilion bagi tempoh sama pada 2023