Awang Bemee Awang Ali Basah dilantik menjadi Yang Dipertua Dewan Negara ke-21

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Sarawak, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah hari ini dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang ke-21.

Pelantikannya bagi menggantikan Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia pada 10 Mei lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemuka nama Awang Bemee, yang juga calon tunggal sebagai cadangan nama ahli untuk dipilih pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-15, hari ini.

“Beliau yang juga anak jati negeri Sarawak, pernah berkhidmat di Mahkamah Tinggi Borneo Sarawak bermula pada tahun 1984 dan berpengalaman mengendalikan pelbagai kes di semua peringkat mahkamah, termasuk Mahkamah Persekutuan.

“Beliau dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kuching sejak 1998 dan pernah berkhidmat sebagai ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak selama tiga penggal.

“Sesungguhnya beliau mempunyai pengalaman yang amat luas dan mengikut Peraturan Mesyuarat 2(1), saya telah memastikan beliau bersetuju untuk berkhidmat, jika dipilih,” katanya.

Cadangan itu disokong oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Pada 15 Julai lalu, Awang Bemee mengangkat sumpah sebagai Senator di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Nur Jazlan Mohamed, atas perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh hingga 14 Julai 2027.

Beliau menjadi ADUN Nangka selama tiga penggal bermula 1996 hingga 2011, selain pernah memegang jawatan Setiausaha Agung Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) serta ahli Majlis Kerja Tertinggi parti itu.

Penasihat Undang-undang PBB dan Pegawai Awam Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu juga kini memegang jawatan Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kuching dan Pengarah Sarawak Plantation Berhad.

Beliau juga pengamal undang-undang berpengalaman mengendali kes sivil dan jenayah di semua mahkamah hingga Mahkamah Persekutuan, sejak mula diterima sebagai peguam bela dan peguam cara oleh Mahkamah Tinggi Borneo pada 1984. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Kenaikan Geran Khas Interim : Hadiah Istimewa sambutan Hari Malaysia

Ia jelas menunjukkan komitmen Perdana Menteri dan Kerajaan MADANI terhadap pembangunan dan kesejahteraan negeri Sabah

Isu Laut China Selatan perlu diuruskan secara diplomatik – Fahmi Fadzil

Pendirian Malaysia mengenai Laut China Selatan kekal konsisten. Kami komited mempertahankan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan kami di kawasan maritim kami, seperti digariskan dalam Peta Malaysia 1979

PM adakan lawatan ke Sabah selama dua hari

Perdana Menteri dijadual tiba di Kota Kinabalu malam ini sebelum menghadiri Majlis Makan Malam Kerajaan Negeri Sabah di Magellan Sutera Harbour, yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor

UMNO akan perhalusi kerjasama bersama PH hadapi PRN Sabah

UMNO Sabah menyokong kenyataan Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa kempen BN-PH pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota akan dijadikan model dan formula kepada jentera kerajaan Perpaduan