TVET mampu menjadi laluan kerjaya kepada belia

Date:

PASIR MAS: Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang diperkenalkan kerajaan mampu menurunkan kadar kemiskinan negara daripada 3.5 peratus kepada 2.5 peratus.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ia berikutan TVET bakal menyediakan lebih satu juta pekerjaan.

Pada masa sama, beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata keyakinan masyarakat terutama ibu bapa kepada TVET juga semakin baik apabila permohonan meningkat sebanyak 3.75 peratus bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Peningkatan itu menunjukkan persepsi dan tanggapan masyarakat yang menganggap TVET untuk individu yang tercicir dalam akademik tidak benar, sebaliknya ia mampu menjadi laluan kerjaya pilihan utama kepada belia.

“Sehingga kini, sejumlah 1,345 institusi TVET awam dan swasta yang beroperasi di seluruh negara dengan menawarkan lebih 4,000 kursus membabitkan 12 kementerian.

“Untuk pertengahan tahun ini sehingga pertengahan tahun hadapan sahaja, kita menyediakan 250,000 tempat kepada golongan belia menyertai TVET.

“Justeru, kita memohon golongan belia merebut peluang yang disediakan ini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Sambutan Karnival Kerjaya dan Sukan Anak Muda Madani 1.0, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kadar lepasan TVET yang mendapat pekerjaan juga adalah tinggi sehingga mencecah 94.5 peratus.

“Ini penting kerana negara tidak bergantung kepada pekerja asing,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Ahmad Zahid berkata, 220 syarikat China menawarkan 5,125 kuota kepada pelajar Malaysia untuk menjalani latihan berkaitan TVET bagi jangka pendek, sederhana dan panjang, sekali gus menjadi pengubah keadaan dalam melonjakkan industri TVET di Malaysia.

Katanya, tawaran itu adalah hasil jalinan kerjasama antara Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (Belia Mahir) dengan pihak industri berkaitan TVET di China iaitu Beifang Automotive Education Group dan Tang (M) International Education Group, melalui memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...

Tangisan Banjaran: Tragedi UPSI di Gerik dan Takziah Buat Negara

Pada pagi 9 Jun 2025, negara sekali lagi diselubungi duka. Tragedi yang meragut 15 nyawa mahasiswa Universiti Pendidikan...

Pasca Mahathir dan Politik Perkauman: Melayu Tidak Lagi Mahu Diselamatkan, Mereka Mahu Dimajukan

“Yang lemah bukan Melayu. Yang lemah ialah pemimpin yang terus menggunakan Melayu sebagai alasan untuk mengekalkan kuasa.” Tun Dr....
Exit mobile version