Kumpulan pengganas Daesh sasarkan anggota polis – Saifuddin

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Operasi risikan dan tangkapan pihak berkuasa telah berjaya mematahkan cubaan mengembangkan ideologi Daesh, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata berdasarkan siasatan, pihak berkuasa mengenal pasti modus operandi kumpulan itu yang menjadikan orang kenamaan dan pasukan polis sebagai sasaran utama yang berpotensi untuk diserang, apabila ideologi dan kepercayaan mereka tidak selari dengan pemerintahan kerajaan.

“Maka urutan keutamaan (mereka) sebagai sasaran adalah pasukan polis dalam mengalahkan sesebuah kerajaan.

“Namun hakikatnya, kita berjaya mengesan dan mematahkan gerakan (ideologi) itu, dan dalam proses perisikan dan siasatan awal kita telah establish (rumuskan) motif yang menyasarkan beberapa orang kenamaan dan pegawai tertinggi polis,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutup Mesyuarat Agong Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara (RESPA) Kali ke-40 di Maktab PDRM, di sini. Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Saifuddin Nasution berkata keyakinan idealisme mereka yang tersebar menyebabkan ia diklasifikasikan sebagai satu bentuk ancaman dan wajar ditentang kerana ia akan mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Semalam media melaporkan lapan warga tempatan ditahan kerana dipercayai terlibat dengan ideologi kumpulan pengganas Daesh dalam satu operasi serentak di empat negeri pada Sabtu dan Ahad lepas.

Tangkapan membabitkan enam lelaki dan dua wanita itu dibuat di Kelantan, Selangor, Johor dan Pulau Pinang.

Kesemua suspek yang berusia 25 hingga 70 tahun itu ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

-BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...