Teliti prosedur berhubung ganjaran wang kepada penjawat awam lapor kes rasuah

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Prosedur operasi standard (SOP) berhubung pemberian ganjaran wang kepada penjawat awam yang melaporkan kes rasuah perlu dirangka dengan rapi dan teratur.

Presiden Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD), Datuk Seri Isham Ishak, berkata ia penting bagi memastikan orang kena tuduh (OKT) mendapat keadilan sewajarnya sehingga dibuktikan bersalah di mahkamah.

Beliau berkata, SOP pemberian ganjaran kepada penjawat awam yang jelas itu juga diperlukan terhadap pihak yang memberikan maklumat bagi mengelakkan perbuatan fitnah.

“Bagi pihak persatuan, kami menyambut baik pelaksanaan ini kerana sudah sampai masa untuk penjawat awam diberikan insentif dan sokongan bagi sama-sama membanteras rasuah.

“Perkara ini perlu dirangka dengan rapi dan teratur supaya OKT mendapat keadilan yang sewajarnya sehingga dibuktikan bersalah di mahkamah manakala yang membuat laporan membuat dakwaan melalui SOP yang jelas untuk mengelakkan perbuatan fitnah dan menjaga kerahsiaan pelapor,” katanya kepada BH.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Azam Baki, dilaporkan berkata, penjawat awam yang melaporkan kes rasuah sehingga membawa kepada sabitan boleh diberi ganjaran wang.

Azam dilaporkan berkata, pemberi maklumat kepada kerajaan akan diberi ganjaran sama seperti tawaran suapan kerana mereka membantu dalam membanteras kegiatan rasuah.

SPRM juga bercadang meminda beberapa peruntukan dalam Akta SPRM 2009 antara lain bagi membolehkan kerajaan memperoleh semula dana yang diseleweng.

Pada masa sama, Isham berkata, usaha perbincangan untuk mendapatkan pandangan serta input baharu daripada pemegang taruh berkepentingan perlu dibuat melalui Amalan Baik Peraturan (GRP) bagi memastikan pindaan dapat dilaksanakan melalui proses yang telus dan teratur.

“Ia penting membabitkan sebarang pindaan kepada undang-undang sedia ada ataupun pengenalan undang-undang baharu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Isham berkata, PPTD juga mahu usaha bagi mengambil tindakan tegas dapat dibuat terhadap mereka yang menabur fitnah melalui media sosial kepada penjawat awam.

Beliau berkata, ini kerana fitnah melalui media sosial dilihat semakin berleluasa dan menjejaskan kredibiliti penjawat awam dan sistem penyampaian kerajaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...