LPP Sabah berdepan kes salah laku dan melanggar tatakelola penjawat awam

Date:

Share post:

KOTA KINABALU: Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Sabah mendakwa pengurusan tertinggi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Sabah berdepan beberapa kes salah laku yang perlu disiasat dan diambil tindakan oleh pihak berkuasa kerajaan.

Pengerusinya, Datuk Mohd Nazri Abdullah bersama semua Ahli Jemaah Pengarah (AJP) PPN, mendakwa antara yang perlu disiasat ialah kes menutup penyelewengan pegawai Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kalabakan berhubung kehilangan wang PPK berkenaan.

Dakwanya, siasatan juga perlu dilakukan terhadap kes pelanggaran tata kelola dan peraturan mengenai pembelian pusat timbang sawit oleh PPK Tawau pada awal tahun ini serta kes melindungi perbuatan salah laku pegawai bawahan LPP.

“Dalam kes pertama, pengurusan tertinggi LPP Sabah dikatakan telah mengarahkan untuk menutup kes penyelewengan pegawainya di PPK Kalabakan berhubung kehilangan wang PPK itu sebanyak RM320,251.79.

“Kes kedua pula berkaitan pembelian pusat timbang sawit berharga RM300,000 oleh PPK Tawau yang dibuat tanpa kelulusan dan melanggar Peraturan-Peraturan Pertubuhan Peladang 1983 perkara 55(a).

“Dalam kes ketiga, pengurusan tertinggi LPP melindungi salah laku pegawainya yang melakukan pelbagai kesalahan yang menjejaskan PPN Sabah dari segi pelaksanaan tatakelola pentadbiran dan kewangan yang baik,” katanya.

Katanya, PPN Sabah telah melaporkan kepada Pengarah, Ketua Cawangan Kewangan dan Pentadbiran, Ketua Unit Penyeliaan dan Penguatkuasaan LPP Sabah atas setiap kesalahan dan pelanggaran peraturan oleh pegawai terbabit, namun tiada sebarang tindakan.

Malah, katanya, pegawai itu dilindungi bukan sahaja oleh pengurusan tertinggi di Sabah, tetapi Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan LPP Malaysia dengan menukarkan pegawai terbabit.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat AJP PPN Sabah di pejabat pertubuhan itu, di sini, semalam.

 Mohd Nazri berkata, pemimpin PPN Sabah sudah mengemukakan surat aduan rasmi kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berhubung salah laku dan pelanggaran tatakelola perkhidmatan awam yang didakwa dilakukan pengurusan tertinggi LPP Sabah.

“Aduan itu ditandatangan oleh Datuk Mohd Nazri Abdullah, Datuk Ng Loi Tect, Tan Sri Wences Angang, Datuk Dr George Sangkin, Datuk Faimin Kamin, Datuk Supardianshah Suyuti, Haji Abdul Rahim Oting, Benny Franklin Harthemen, Sylvia Belinggi, Abu Bakar Gapar dan Lawrence P Saibon,” katanya.

Katanya, aduan itu selaras dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perhimpunan bulanan bersama Penjawat Awam Jabatan Perdana Menteri pada 11 Jun lalu yang mahu tindakan diambil terhadap ketua jabatan, ketua unit yang melindungi kesalahan pegawainya.

“Salinan aduan itu juga kami panjangkan kepada Perdana Menteri, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, Ketua Pengarah LPP, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.

Beliau menegaskan tindakan sewajarnya perlu diambil terhadap pengurusan tertinggi LPP Sabah kerana melanggar tatakelola penjawat awam dan tidak amanah dalam menjalankan fungsinya di Sabah.

“Beberapa tindakan mereka mencerminkan sikap sangat tidak berintegriti sebagai penjawat awam dan telah mencemarkan serta menjejaskan imej kerajaan yang harus diberi perhatian dan diambil tindakan oleh kerajaan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...