Malaysia harus mereformasikan sistem persaraan – PM Anwar

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Malaysia memerlukan reformasi sistem persaraan sebelum mencapai status negara menua pada tahun 2030.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, negara sedang menuju penuaan yang mendadak mengatasi negara yang mempunyai kekayaan, infrastruktur dan dasar yang lebih maju untuk menghadapi fenomena ini.

“Sudah tiba masanya untuk Malaysia menerima pembaharuan yang serius dalam pencennya dan rangka kerja persaraan untuk meningkatkan liputan, kecukupan dan kemampanannya.

“Kita akan memperluas perlindungan KWSP secara berperingkat supaya lebih ramai penduduk umur bekerja akan menjadi sebahagian daripada ekosistem KWSP,” menurutnya.

Tambahnya, ia juga akan memastikan lebih ramai rakyat Malaysia dapat mengumpul simpanan persaraan yang mencukupi untuk hari tua mereka.

Menurut Anwar, dapatan terbaharu menunjukkan hanya 29 peratus rakyat Malaysia mempunyai pencen atau pendapatan seperti pencen semasa bersara.

Tambahnya, data dari KWSP juga menunjukkan bahawa satu daripada empat ahli ‘kehausan’ simpanan hanya dalam tempoh lima tahun selepas mencapai umur pengeluaran.

Menurutnya, ini sekaligus menunjukkan rakyat Malaysia tidak dapat mengekalkan kehidupan yang munasabah sewaktu mencapai umur persaraan atau untuk menguruskan risiko umur panjang.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) 2024 di Kuala Lumpur.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

𝐉𝐢𝐡𝐚𝐝 𝐋𝐢𝐝𝐚𝐡 𝐝𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐅𝐢𝐭𝐧𝐚𝐡: 𝐒𝐞𝐛𝐮𝐚𝐡 𝐑𝐞𝐧𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧

Di tengah riuh rendah pentas politik, kata-kata menjadi senjata. Ada yang menusuk hati, ada yang membangkit semangat, dan...

Jangkaan hujan, ribut petir pada pagi sambutan Krismas melibatkan empat negeri – MetMalaysia

MetMalaysia mengingatkan orang ramai untuk merancang perjalanan dan aktiviti, serta muat turun aplikasi myCuaca menerusi Google Play dan App Store untuk maklumat cuaca yang terkini dan sahih

Ekonomi Malaysia kekalkan pertumbuhan kukuh berkembang 5.2 peratus suku ketiga 2024 – DOSM

Sehubungan itu, ekonomi Malaysia berada pada landasan kukuh untuk pembangunan yang berterusan sepanjang tahun 2024

Perlu akta khusus bagi mengawal caj hospital swasta – Sim Tze Tzin

kebanyakan hospital swasta juga memperoleh keuntungan yang signifikan sehingga mencecah bilion ringgit. Justeru, jelasnya, tiada alasan untuk hospital swasta meningkatkan caj perkhidmatan