Laporan penuh nahas helikopter TLDM dikeluarkan esok – Fahmi

Date:

Share post:

PUTRAJAYA: Laporan penuh nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya di Lumut, Perak telah siap dan akan dikeluarkan esok, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah memaklumkan pada mesyuarat Jemaah Menteri hari ini mengenai status terkini laporan penuh nahas dua helikopter TLDM, 23 April lalu.

“Beliau (Mohamed Khaled) memaklumkan bahawa laporan telah siap dan akan diterbitkan esok…boleh nantikan pengumuman penuh hasil siasatan bahas helikopter itu,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri di sini hari ini.

Dalam tragedi pada 23 April lepas, 10 anggota dan pegawai TLDM terdiri daripada tujuh kru Hwlikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru Fennec TLDM terkorban selepas helikopter dinaiki bergesel dan terhempas semasa menjalani raptai lintas hormat bersempena Ulang Tahun TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

Susulan kejadian itu, Lembaga Siasatan telah ditubuhkan bagi mengenal pasti punca sebenar nahas dua helikopter terbabit.

Laporan interim insiden berkenaan pada 9 Mei lepas mengesahkan tahap kesihatan kesemua kru udara yang terlibat dalam nahas itu berada dalam keadaan yang baik untuk mengendalikan pesawat dan kedua-dua helikopter berkenaan berada dalam keadaan airworthy (selamat untuk terbang) semasa hari kejadian.

-BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

RM75.5 juta bantuan pendidikan diperuntukkan tahun ini untuk laksanakan 13 inisiatif – KM Hajiji

Semua ini adalah selaras dengan dasar kerajaan negeri seperti termaktub dalam Dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) bahawa kita terus komited menjadikan pendidikan sebagai teras utama pembangunan modal insan di negeri ini

Tukar pengurusan kanan Sapura antara syarat untuk suntikan dana diberikan – PM Anwar

Mesti diganti dengan pengurusan baharu dan kalau ada permasalahan yang membabitkan keperluan siasatan, jadi ini pertimbangan kita

70 peratus pelajar asrama penuh disarankan memilih aliran STEM – PM Anwar

Kita ada Infineon, NVIDIA, Google, Microsoft dan sekarang kecerdasan buatan (AI) di merata tempat, tetapi anak-anak kita tidak ambil STEM

Ascend Airways mulakan operasi pada akhir 2025

Kami komited untuk memperkukuh landskap penerbangan Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan ACMI yang boleh dipercayai kepada syarikat penerbangan, pengendali pelancongan, broker sewaan, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)