Sistem satu sesi persekolahan mampu atasi beban tugas dan kekurangan guru

Date:

Share post:

IPOH: Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan bebanan tugas serta masalah kekurangan guru dapat diatasi apabila sistem satu sesi di semua sekolah di seluruh negara dilaksanakan sepenuhnya.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata langkah itu penting bagi memastikan golongan guru tidak terbeban dengan sesi pembelajaran apabila membabitkan jumlah pelajar yang ramai.

“Sememangnya hala tuju KPM ialah untuk melaksanakan sekolah satu sesi. Sekiranya sekolah terbabit cukup syarat yang mengizinkan sekolah satu sesi akan dilaksanakan tetapi sekiranya keadaan sekolah terlalu padat maka dua sesi akan diteruskan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Taiping berkata demikian selepas merasmikan Karnival Jom Masuk Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuh Hua di sini.

Kah Woh berkata, bagi tempoh dua tahun, usaha awal digerakkan bagi memenuhi keperluan guru antaranya pengambilan calon bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG) KPM dan pengambilan guru baharu secara kontrak melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

“Selain itu, penyelesaian untuk jangka masa panjang khususnya di kawasan bandar KPM memberi fokus dalam pembinaan sekolah baharu dan tahun ini 26 sekolah rendah serta menengah yang baharu akan dibina.

“Setiap kawasan yang memerlukan sekolah kita akan cuba membina sekolah di kawasan itu, pada masa sama mengambil masa dalam pelaksanaan sekolah satu sesi itu,” katanya.

Semalam, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata KPM berhasrat menjadikan semua sekolah di seluruh negara mempunyai sistem satu sesi dan tumpuan kini diberikan ke arah itu dalam memastikan usaha berkenaan terlaksana. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...