38 tapak tamu desa di Sabah akan dinaik taraf – Ewon Benedick

Date:

Share post:

KUALA PENYU: Sebanyak RM7 juta diperuntukkan bagi menaik taraf 38 tapak tamu desa yang telah dikenal pasti di seluruh Sabah, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.

Beliau berkata, peruntukan berkenaan adalah untuk pelaksanaan fasa pertama Projek Tamu Desa di negeri itu.

“Bagi program ini, pejabat daerah bertanggungjawab sebagai agensi pelaksana untuk memastikan pelaksanaan projek mengikut skop kerja ditetapkan.

“Pejabat daerah juga akan melaporkan status pelaksanaan projek ini setiap bulan kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) serta Majlis Pembangunan Usahawan, Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Daerah yang dipengerusikan oleh pegawai daerah,” katanya dalam kenyataan selepas merasmikan Karnival Tekun MADANI dan Pameran Satu Daerah Satu Industri, di sini, pada Sabtu.

Menurut Ewon, pasar tamu komuniti atau pasar minggu adalah tempat masyarakat berbilang kaum dan agama di Sabah bertemu, selain memiliki keunikan tersendiri kerana menjual pelbagai produk tempatan.

Sementara itu, Ewon berkata, kementeriannya memulakan Program Pembangunan Premis Tamu Desa bertujuan menaik taraf kemudahan ruang niaga serta pusat penjaja di luar bandar di Sabah dan Sarawak.

“Kerajaan Persekutuan telah bersetuju meluluskan peruntukan bagi tujuan pelaksanaan Program Pembangunan Premis Tamu Desa di Sabah.

“Program ini akan menyediakan atau menaik taraf ruang niaga dan pusat penjaja dengan infrastruktur yang lebih kondusif bagi memudahkan akses pemasaran produk jualan lebih berkesan di tapak lokasi perniagaan,” katanya.

Pada majlis itu, Ewon turut mengumumkan peruntukan RM400,000 bagi memulakan kerja-kerja menaik taraf dua tapak tamu di Kuala Penyu menerusi projek Tamu Desa sekali gus berharap ia dapat menyediakan kemudahan ruang niaga lebih kondusif dan selesa. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...