Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi

Date:

Share post:

Jakarta: Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.

Lawatan dua hari bermula Isnin itu menyaksikan beliau dijadualkan bertemu Menteri Pertahanan Prabowo Subianto, yang juga Presiden Terpilih Indonesia, pada Selasa.

Menerusi catatan di laman Facebooknya, agenda esok bermula dengan lawatan ke anak syarikat Pharmaniaga Bhd iaitu PT Millennium Pharmacon International Tbk diikuti pertemuan dengan diaspora Malaysia.

Mohamed Khaled dan delegasi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Tangerang pada kira-kira 3 petang waktu tempatan, menurut Kementerian Pertahanan Indonesia dalam satu kenyataan.

Beliau disambut Pensyarah Tetap Program Strategi Kempen Ketenteraan Fakulti Strategi Pertahanan di Universiti Pertahanan Indonesia Mejar Jeneral Jhonny Djamaris dan Ketua Pusat Pengelolaan Kawasan Badan Peralatan Strategis Pertahanan Kementerian Pertahanan Brigedier Jeneral Sudaryanto.

Menurut kenyataan itu, mesyuarat antara Mohamed Khaled dan Prabowo akan membincangkan beberapa isu strategik dalam sektor pertahanan.

Sebelum ini, kedua-dua pemimpin telah bertemu di Kuala Lumpur pada 4 April dan sepakat untuk memperkuat kestabilan wilayah, kata kementerian itu.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1084779/mohamed-khaled-tiba-di-indonesia-untuk-lawatan-rasmi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Pembasmian kemiskinan agenda utama kerajaan – Zahid

kerajaan juga komited mengurangkan ketidaksamaan dan memperkasakan masyarakat desa melalui pelbagai inisiatif pembangunan, peluang ekonomi dan akses kepada pendidikan serta kemudahan asas

Sebanyak 53 projek Tamu Desa dilaksanakan di Sabah – Ewon

KUSKOP sentiasa komited untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur bagi membantu peniaga-peniaga kecil di desa dan luar bandar Sabah dan Sarawak

Kerajaan Sabah setuju pelarasan gaji penjawat awam negeri selaras SSPA

pelarasan gaji itu adalah manifestasi pengiktirafan kerajaan negeri terhadap sumbangan kakitangan perkhidmatan awam negeri dan pekerja sambilan harian kepada agenda pembangunan negeri

Trend pertumbuhan hutang Kerajaan Persekutuan menurun kepada 7.5 peratus

Pinjaman kasar Kerajaan Persekutuan yang berjumlah RM112.5 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun 2024 adalah lebih rendah berbanding RM128 bilion bagi tempoh sama pada 2023