Malaysia mahu jadi 20 negara terbaik dalam ekosistem pemula global menjelang 2030

Date:

Share post:

Kuala Lumpur: Malaysia berhasrat menjadi antara 20 negara terbaik dalam ekosistem pemula niaga global menjelang 2030 dan meletakkan Kuala Lumpur sebagai hab pemula serta digital serantau.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sehubungan itu, Sidang Kemuncak KL20 yang bakal berlangsung selama dua hari bermula esok menjadi forum memudah cara syarikat permula dalam pelaburan bernilai tinggi.

Beliau berkata forum itu juga menggalakkan syarikat pemula berkembang ke luar negara dengan memanfaatkan rantaian ekosistem global yang lengkap.

“Saya menghargai perkongsian daripada wakil-wakil syarikat modal teroka dan pelabur yang hadir. Adalah penting supaya dasar-dasar kerajaan mengambil kira perspektif dan strategi jangka panjang mereka.

“Saya tegaskan tekad kerajaan mendukung syarikat-syarikat pemula dengan mempunyai dasar yang jelas merangkumi visi negara, kekuatan sumber dan perspektif pelabur,” katanya dalam hantaran di laman Facebook selepas menghadiri Majlis Makan Malam Eksklusif KL20 sempena Sidang Kemuncak KL20.

Anwar juga berkata Kerajaan MADANI sentiasa komited dalam membentuk ekosistem pemula yang dinamik agar dapat memposisikan Malaysia sebagai hab utama untuk keusahawanan dan inovasi.

Perdana Menteri akan merasmikan persidangan itu esok yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1082321/malaysia-mahu-jadi-20-negara-terbaik-dalam-ekosistem-pemula-global

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...