G: Pengumuman penting hujung April atau awal Mei – Fahmi

Date:

Share post:

Kuala Lumpur: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beberapa pengumuman penting mengenai rangkaian 5G dijangka diumumkan pada hujung bulan ini atau awal Mei.

Fahmi berkata beliau dijadualkan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim esok antaranya untuk membincangkan perkara yang perlu dilaksana bagi memastikan kadar penggunaan rangkaian itu terus mencapai tahap yang suai manfaat atau sesuai dengan perkhidmatan yang telah disediakan.

Beliau berkata pertemuan itu turut membabitkan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Digital Gobind Singh Deo serta Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

“Insya-Allah dalam masa terdekat, harapan saya menjelang hujung bulan ini atau awal bulan depan, kita akan ada beberapa pengumuman penting dan besar mengenai rangkaian 5G.

“Saya harap dengan adanya perkhidmatan 5G ini, rakyat akan mendapat manfaatnya,” kata beliau ketika berucap di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Lembah Pantai 2024 di IWK Eco Park@Lembah Pantai malam ini.

Fahmi berkata pertemuan beliau dengan Anwar dan pihak terbabit dalam perkhidmatan 5G antara lain bagi meneliti ikhtiar atau insentif yang boleh diberikan dalam usaha meningkatkan penerimagunaan pelaksanaan rangkaian itu dalam kalangan pihak industri.

“Penggunaan (5G) dalam kalangan rakyat biasa atau pengguna komersial cukup baik pada waktu ini. Saya belum ada angka terkini namun jumlah sebelum ini memberangsangkan dengan peningkatan yang cukup baik.

“Usaha dan ikhtiar mungkin perlu dilakukan yang mengkhususkan sektor industri kerana seperti ditetapkan dalam dokumen Pelan Induk Perindustrian Baharu yang menekankan aspek teras digital akan memainkan peranan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan industri terutama yang memacu pertumbuhan ekonomi negara ini,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata banyak yang perlu dilakukan berhubung perkhidmatan 5G untuk terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelaburan luar sama ada dalam sektor semikonduktor atau sektor pusat pemprosesan data yang menyaksikan negara menjadi destinasi yang semakin diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Fahmi berkata kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sedang meneliti pakej 5G Rahmah untuk golongan mahasiswa bagi memastikan penerimagunaan rangkaian itu lebih rancak dalam kalangan anak muda.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu juga berkata senarai nama Ahli Lembaga Pengarah Digital Nasional Bhd (DNB) akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1082313/5g-pengumuman-penting-hujung-april-atau-awal-mei-fahmi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...