Malaysia tidak perlu memihak mana-mana negara dalam konflik Iran-Israel

Date:

Share post:

SHAH ALAM: Malaysia tidak perlu berpihak kepada mana-mana negara menerusi konflik Iran dan Israel kerana kedua-duanya bukan kuasa besar yang mendominasi dunia pada hari ini.

Pemerhati Politik Antarabangsa, Nasaie Ismail berkata, ia berikutan perubahan dan keadaan semasa apabila ideologi politik tidak lagi menjadi perkara utama dalam pembentukan sebuah negara bangsa.

Menurutnya, kedua-dua negara mempunyai sokongan yang rapuh dalam situasi perang yang berlaku pada hari ini.

“Kalau kita lihat di sini situasinya tidak sama seperti Perang Dingin di mana terdapat sokongan bipolarity terhadap blok Amerika Syarikat dan Rusia, tetapi pada masa kini sudah banyak negara-negara berkuasa besar muncul dengan keperluan ekonomi yang berbeza-beza.

“Perang ini lebih spesifik antara Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Hamas iaitu perang untuk menyelamatkan kedudukannya sebagai ketua negara yang semakin terpencil akibat konflik kemanusiaan yang dicetuskan pada Oktober lalu.

“Senario pada hari ini tidak ada satu pun kuasa dominan seperti era bipolar atau unipolar yang mana terdapat sokongan kuat mana-mana negara terhadap kuasa besar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Wacana Sinar Edisi ke-436 bertajuk ‘Konflik Iran-Israel: Kesan Kepada Malaysia’ yang dihoskan oleh Ismail Adnan di Studio F Kumpulan Karangkraf pada Selasa.

Turut hadir Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Profesor Dr Azmi Hassan dan Pensyarah School of law and Governance Universiti Taylor, Dr Saidatul Nadia Abd Aziz.

Mengulas lanjut, menurut Nasaie, akibat konflik yang berlaku sejak Oktober tahun lalu iaitu serangan Israel ke atas penduduk Gaza telah memberi implikasi buruk terhadap hubungan antarabangsa bersama rakan sekutunya.

Tambah beliau, walaupun mempunyai rakan sekutu yang ramai, tetapi terdapat tekanan dan desakan untuk melakukan gencatan senjata supaya menghentikan pembunuhan masyarakat di Gaza.

Ujarnya, kempen dan desakan itu turut diketuai oleh beberapa negara Eropah yang lain sebagai perang psikologi dengan memberi tekanan kepada Israel.

“Perkara yang Israel paling tidak mahu ialah kewujudan negara Palestin hari ini diketuai oleh kempen-kempen yang dijalankan oleh negara Eropah.

“Jadi ini merupakan musim dunia memencilkan Israel bukan musim menormalisasikan Israel. Terdapat sebahagian negara telah bertindak menarik duta dan menghentikan hubungan diplomatik.

“Kalau perang dihentikan saya tidak fikir masyarakat dunia akan melakukan hubungan diplomatik bersama Israel kembali kerana keganasan yang dilakukan ini telah memberi persepsi buruk,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Pembasmian kemiskinan agenda utama kerajaan – Zahid

kerajaan juga komited mengurangkan ketidaksamaan dan memperkasakan masyarakat desa melalui pelbagai inisiatif pembangunan, peluang ekonomi dan akses kepada pendidikan serta kemudahan asas

Sebanyak 53 projek Tamu Desa dilaksanakan di Sabah – Ewon

KUSKOP sentiasa komited untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur bagi membantu peniaga-peniaga kecil di desa dan luar bandar Sabah dan Sarawak

Kerajaan Sabah setuju pelarasan gaji penjawat awam negeri selaras SSPA

pelarasan gaji itu adalah manifestasi pengiktirafan kerajaan negeri terhadap sumbangan kakitangan perkhidmatan awam negeri dan pekerja sambilan harian kepada agenda pembangunan negeri

Trend pertumbuhan hutang Kerajaan Persekutuan menurun kepada 7.5 peratus

Pinjaman kasar Kerajaan Persekutuan yang berjumlah RM112.5 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun 2024 adalah lebih rendah berbanding RM128 bilion bagi tempoh sama pada 2023