Subsidi bersasar pastikan 85 peratus rakyat terima faedah – Anwar

Date:

Share post:

PADANG BESAR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan langkah kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi bertujuan memastikan faedahnya benar-benar dinikmati oleh 80 hingga 85 peratus rakyat.

Beliau berkata langkah itu juga bertujuan mengelakkan manfaat subsidi dinikmati golongan kaya selain kira-kira 3.5 juta warga asing di negara ini.

“Kita bagi subsidi minyak siapa yang peroleh untung sekarang? Ya rakyat Malaysia … 3.5 juta atau hampir empat juta orang asing pun dapat subsidi minyak, kerana kita bagi subsidi kepada semua.

“Orang paling kaya di dalam negara kita pun dapat subsidi minyak, jadi kita kena cari jalan bagaimana kita boleh gunakan apa yang disebut penyasaran subsidi supaya faedah subsidi itu dipulangkan langsung kepada 80 ke 85 peratus rakyat,” katanya semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa MADANI peringkat Perlis di Felda Chuping di sini semalam.

Beliau berkata langkah sama turut dilaksanakan kerajaan membabitkan tarif elektrik iaitu peningkatan tarif hanya memberi kesan kepada 15 peratus rakyat yang berpendapatan tinggi.

Selain itu, Perdana Menteri berkata kenaikan tarif elektrik juga hanya kepada syarikat-syarikat dan kilang, sedangkan rakyat kebanyakan tidak berhadapan dengan kenaikan tarif terbabit.

Anwar berkata bagi minyak diesel pula, penyasaran subsidi bertujuan memastikan ketirisan dan penyeludupan yang berlaku sejak sekian lama dan menyebabkan kerugian puluhan bilion setiap tahun dapat dihentikan.

“Sebab itu saya kata, penyasaran subsidi maknanya naik harga bagi 15 peratus rakyat berpendapatan tertinggi dan orang asing, tetapi tidak membebankan (rakyat).

“Kalau kita lakukan apa-apa perubahan berkaitan diesel mesti tentukan perkhidmatan awam, lori-lori Felda, nelayan, bas sekolah, jabatan kerajaan itu tidak dikenakan kenaikan diesel,” katanya.

Anwar berkata kerajaan bersedia mendengar pandangan dan teguran berkaitan penyasaran subsidi dan menekankan kepentingan untuk kerajaan menambah hasil pendapatan negara.

Turut hadir Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli dan Pengerusi Felda Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Pembasmian kemiskinan agenda utama kerajaan – Zahid

kerajaan juga komited mengurangkan ketidaksamaan dan memperkasakan masyarakat desa melalui pelbagai inisiatif pembangunan, peluang ekonomi dan akses kepada pendidikan serta kemudahan asas

Sebanyak 53 projek Tamu Desa dilaksanakan di Sabah – Ewon

KUSKOP sentiasa komited untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur bagi membantu peniaga-peniaga kecil di desa dan luar bandar Sabah dan Sarawak

Kerajaan Sabah setuju pelarasan gaji penjawat awam negeri selaras SSPA

pelarasan gaji itu adalah manifestasi pengiktirafan kerajaan negeri terhadap sumbangan kakitangan perkhidmatan awam negeri dan pekerja sambilan harian kepada agenda pembangunan negeri

Trend pertumbuhan hutang Kerajaan Persekutuan menurun kepada 7.5 peratus

Pinjaman kasar Kerajaan Persekutuan yang berjumlah RM112.5 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun 2024 adalah lebih rendah berbanding RM128 bilion bagi tempoh sama pada 2023