Malaysia kecam serangan bangunan konsulat Iran di Syria

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Malaysia mengecam tindakan menyasarkan bangunan konsulat Iran di Damsyik, Syria, yang telah mengakibatkan beberapa kematian dan kecederaan.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Selasa berkata Malaysia menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa dan keluarga yang terlibat dalam tragedi itu. Malaysia turut mendoakan kesembuhan segera kepada mereka yang tercedera.

“Tindakan sengaja menyasarkan premis diplomatik ini adalah jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan amalan diplomatik.

“Malaysia menyeru semua pihak yang terlibat untuk mematuhi undang-undang antarabangsa dan menghormati premis diplomatik sebagai kawasan mutlak bagi sesebuah negara. Insiden ini telah memberikan petanda bahawa perlunya dialog bagi meredakan konflik di rantau ini,” menurut kenyataan itu.

Kementerian itu berkata Malaysia menekankan kepentingan penyiasatan menyeluruh dilakukan terhadap serangan itu dan menggesa semua pihak mengelakkan sebarang provokasi yang boleh meningkatkan ketegangan.

Pesawat perang Israel melakukan serangan udara yang menyasarkan sebuah bangunan tambahan konsulat bersebelahan bangunan kedutaan utama, mengakibatkan kematian tujuh penasihat tentera pada Isnin, menurut laporan agensi berita Iran IRNA, memetik Kor Pengawal Revolusi Islam.

Duta Iran ke Syria, Hossein Akbari, yang berada di pejabatnya di kedutaan itu semasa serangan, mengesahkan bahawa pesawat perang F-35 Israel dari Dataran Tinggi Golan yang didudukinya, melancarkan enam peluru berpandu di bangunan itu.

-BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Pembasmian kemiskinan agenda utama kerajaan – Zahid

kerajaan juga komited mengurangkan ketidaksamaan dan memperkasakan masyarakat desa melalui pelbagai inisiatif pembangunan, peluang ekonomi dan akses kepada pendidikan serta kemudahan asas

Sebanyak 53 projek Tamu Desa dilaksanakan di Sabah – Ewon

KUSKOP sentiasa komited untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur bagi membantu peniaga-peniaga kecil di desa dan luar bandar Sabah dan Sarawak

Kerajaan Sabah setuju pelarasan gaji penjawat awam negeri selaras SSPA

pelarasan gaji itu adalah manifestasi pengiktirafan kerajaan negeri terhadap sumbangan kakitangan perkhidmatan awam negeri dan pekerja sambilan harian kepada agenda pembangunan negeri

Trend pertumbuhan hutang Kerajaan Persekutuan menurun kepada 7.5 peratus

Pinjaman kasar Kerajaan Persekutuan yang berjumlah RM112.5 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun 2024 adalah lebih rendah berbanding RM128 bilion bagi tempoh sama pada 2023