Agong memilih menggunakan kad raya, lebih unik dan istimewa

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Semasa ramai menghantar ucapan raya menerusi WhatsApp atau media sosial ketika ini, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sebaliknya memilih untuk meneruskan tradisi mengutuskan kad raya bagi menzahirkan ucapan Aidilfitri. 

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook rasmi Seri Paduka Baginda, Sultan Ibrahim dilihat berkenan untuk menandatangani 200 kad ucapan semalam.

“Seri Paduka Baginda amat gemar mengutus kad ucapan Aidilfitri secara tradisional kerana ia lebih mengeratkan hubungan antara istana dan rakyat jelata tanpa mengira agama dan bangsa.

“Seri Paduka Baginda lebih gemar mengutus kad ucapan Aidilfitri secara tradisional, kerana ia bukan sahaja lebih unik dan istimewa, malah sangat klasik,” menurut hantaran itu. 

Pada hantaran lain, Yang di-Pertuan Agong juga dilihat berkenan berbuka puasa bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Jalan Semarak di sini, semalam. 

Turut berangkat ialah Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah. 

Keberangkatan tiba Seri Paduka yang juga Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat PDRM disambut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dan Peguam Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh. 

Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Ruji Ubi dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...