KPM beri kebenaran khas pemakaian pakaian sukan ketika cuaca panas

Date:

Share post:

PUTRAJAYA: Semua institusi di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) diminta memberi kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota pelaksana memakai pakaian sukan sopan ketika cuaca panas.

KPM menerusi kenyatan memaklumkan, kebenaran khas itu berdasarkan kepada keperluan dan keadaan semasa di institusi masing-masing.

“KPM prihatin terhadap penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru serta seluruh warga institusi pendidikan bawah kelolaannya semasa menghadapi keadaan cuaca panas ataupun sebarang keadaan cuaca yang di luar jangka.

“Institusi pendidikan perlu peka dengan perkembangan semasa melalui media mengenai fenomena cuaca panas di kawasan masing-masing dan mematuhi saranan pihak berkuasa dari semasa ke semasa bagi menjamin kesihatan seluruh warga institusi pendidikan,” katanya.

KPM memaklumkan, semua institusi pendidikan KPM dinasihatkan supaya sentiasa mengikuti garis panduan yang ditetapkan.

Katanya, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan semua institusi pendidikan bawah KPM juga diminta untuk melaksanakan langkah pencegahan, antaranya menangguhkan semua kegiatan luar bilik darjah, jika cuaca terlalu panas.

Selain itu, kegiatan yang boleh mendedahkan murid kepada keadaan cuaca panas perlu dipantau bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas dan memastikan bekalan air minuman bersih mencukupi di institusi pendidikan bawah KPM dan menggalakkan murid membawa air minuman sendiri, bagi yang tidak berpuasa atau murid bukan Islam.

“Murid perlu dinasihat dan digalakkan mengambil air minuman dalam kuantiti yang sesuai bagi mengawal suhu badan serta air minuman perlu dibekalkan kepada murid asrama sekiranya keadaan kritikal dan tiada sumber lain, bagi mendapatkan air minuman.

“JPN, PPD dan semua institusi KPM perlu sentiasa berwaspada serta bekerjasama dengan klinik dan hospital berdekatan, sekiranya berlaku sebarang komplikasi ke atas murid akibat cuaca panas,” katanya.

Tegasnya, KPM mengambil berat mengenai kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan seluruh warganya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

RM75.5 juta bantuan pendidikan diperuntukkan tahun ini untuk laksanakan 13 inisiatif – KM Hajiji

Semua ini adalah selaras dengan dasar kerajaan negeri seperti termaktub dalam Dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) bahawa kita terus komited menjadikan pendidikan sebagai teras utama pembangunan modal insan di negeri ini

Tukar pengurusan kanan Sapura antara syarat untuk suntikan dana diberikan – PM Anwar

Mesti diganti dengan pengurusan baharu dan kalau ada permasalahan yang membabitkan keperluan siasatan, jadi ini pertimbangan kita

70 peratus pelajar asrama penuh disarankan memilih aliran STEM – PM Anwar

Kita ada Infineon, NVIDIA, Google, Microsoft dan sekarang kecerdasan buatan (AI) di merata tempat, tetapi anak-anak kita tidak ambil STEM

Ascend Airways mulakan operasi pada akhir 2025

Kami komited untuk memperkukuh landskap penerbangan Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan ACMI yang boleh dipercayai kepada syarikat penerbangan, pengendali pelancongan, broker sewaan, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)