Haji Hadi tidak setara dengan Ulama Islam yang menegur Sultan Perak

Date:

1. Selepas Sultan Selangor menegur Haji Hadi kerana murka, ahli PAS menghasut rakyat untuk mengkritik Sultan Selangor dan mewajarkan tindakan Haji Hadi.

2. Lalu dibandingkan dengan kisah silam Sultan Perak ke-30 dan Ulama yang menegur dalam insiden berbuka puasa sebelum azan Maghrib.

3. Berbeza dengan Haji Hadi, ilmuan silam tidak terlibat dalam politik pilihanraya. Mereka sebenar-benar Ulama yang fokus mencari dan mengajar ilmu. Mereka bukan Ulama Politik yang baru muncul selepas pilihanraya diperkenalkan.

4. Pemimpin PAS pula sibuk mempertahankan kepentingan parti sendiri samada betul atau salah walaupun hingga terpaksa menjenamakan rasuah sebagai sedekah. Di sinilah punca lahir Ulama Su’ yang berfatwa untuk kepentingan dunia.

5. Bahkan Haji Hadi sehingga menghalalkan berbohong kononnya atas ‘maslahah parti’. Dalam masa sama menempelak ahli parti lain yang dikatakan berbohong.

6. Ulama dulu tidak terdedah dengan penyakit Khawarij kerana tidak bersaing merebut kerusi parlimen hingga bersikap ghuluw serta kafir mengkafir untuk menewaskan lawan politik.

7. Ulama PAS kini terlalu boros memurtadkan dan mengkafirkan lawan politik. Termasuk tulisan terbaru Haji Hadi yang melabelkan ‘kafir murtad (liberal)’ ahli PAS yang dikatakan berjaya ‘dikeluarkan’ dari PAS.

8. Teguran Sultan Selangor pula berkait penyelewengan fakta yang jelas oleh Haji Hadi bila mengulas isu kes cabaran bidangkuasa DUN membuat undang2.

9. Haji Hadi bukan hanya mengkritik, malah menyanggah dan menghina Raja-Raja Melayu secara terbuka di MEDIA SOSIAL dan media walhal boleh sahaja disampaikan secara tertib dan mengikut saluran yang betul.

10. Maka janganlah disamakan tindakan Haji Hadi dan tindakan Ulama Silam yang dipuji kerana menegur Sultan Perak berkenaan waktu berbuka puasa. Hal itu ‘Perkara Di Dalam Urusan Agama Yang Mesti Diketahui’ (Al-Ma’alum Minad Din Bid Dhorurah).

Catatan : Ahmad Mursi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...
Exit mobile version